web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Perjuangkan 'Agenda Sempit', Titah Agong Kepada Pemimpin Islam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 1:36PM

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin Islam harus mencontohi Nabi Muhammad dalam membina masyarakat yang adil serta saksama dan tidak memperjuangkan agenda sempit, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Maulidur Rasul, hari ini.

"Kita semua wajar mengambil iktibar bahawa kecemerlangan kerajaan Madinah adalah kerana kekuatan sosiopolitik yang menjamin hak dan keadilan warga, keberkesanan penyatuan ummah dan pembangunan ekonomi yang dinamik.

"Baginda mengutamakan kepentingan ramai, berbanding individu. Baginda tidak memperjuangkan agenda sempit, sebaliknya berlaku adil dengan membangunkan satu gagasan untuk kesejahteraan semua," titahnya.

 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke  sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/ 2023 Masihi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/ 2023 Masihi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Yang di-Pertuan Agong bertitah, pembentukan Madinah sebagai contoh dan bercakap tentang bagaimana Nabi Muhammad berjaya menyatukan umat Islam, penduduk tempatan dan juga Yahudi melalui Piagam Madinah.

Dalam titah yang sama, Al-Sultan Abdullah turut bertitah, Islam telah mengajar umatnya untuk bersiap sedia menghadapi dugaan dan cabaran pada masa hadapan.

Beliau kemudian bertitah, semua agensi serta rakyat perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir yang berpunca daripada musim tengkujuh akan datang.

"Pada kesempatan ini, beta ingin mengingatkan seluruh rakyat beta untuk memperkemaskan diri dan melakukan persediaan bagi menghadapi fenomena perubahan cuaca yang bakal berlaku kelak.

"Beta turut meminta agar semua agensi yang berkaitan untuk membuat persediaan yang rapi secara menyeluruh demi kemaslahatan ummah," titahnya lagi.

Pada Khamis lalu, Al-Sultan Abdullah berkenan melawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Ampang, di sini untuk diberi taklimat mengenai persiapan menghadapi bencana dan banjir menjelang musim tengkujuh yang dijangka bermula pertengahan November.

Lawatan baginda itu dilakukan sebelum Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap baginda pada sebelah petang hari yang sama, di tengah-tengah spekulasi bahawa Perdana Menteri akan mendapatkan perkenan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum.

Namun begitu, Istana Negara kemudiannya memaklumkan dalam satu catatan ringkas di Facebook bahawa pertemuan itu adalah mesyuarat pra-kabinet mingguan. – The Vibes, 9 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang