web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


8 Barangan Tersenarai Di Bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 6:07PM

KPDNHEP menyenaraikan lapan barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyenaraikan lapan barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022. 

Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof dalam kenyataan hari ini memaklumkan skim harga maksimum itu berkuat kuasa 20 hingga 26 Okt ini, dengan barangan tersenarai adalah daging kambing biri-biri import bertulang, tomato, cili merah dan kelapa biji (harga maksimum di peringkat borong sahaja).

Ia juga termasuk kelapa parut (harga maksimum di peringkat runcit sahaja), bawang merah kecil (India), bawang merah besar import dan kacang dal (Australia).

“Tempoh pelaksanaan ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa pada masa kini, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga. Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga berpuas hati dengan tempoh masa pelaksanaan yang efektif.

“Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit,” katanya.

Beliau memaklumkan semakan harga boleh dibuat melalui laman web KPDNHEP di https://www.kpdnhep.gov.my.

Sementara itu, Azman berkata ayam dan telur ayam kekal sebagai barangan harga terkawal dan berkuat kuasa mulai 12 Okt.

Antara barangan harga terkawal bagi pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam adalah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) dan telur ayam gred A, B serta C. 

Beliau turut meminta pengguna yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan salah laku peniaga supaya melaporkan aduan kepada KPDNHEP sama ada menerusi WhatsApp di 019-2794317/019-8488000, portal e-aduan.kpdnhep.gov.my, pusat panggilan di 1-800-886-800, e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my atau menerusi aplikasi telefon pintar Ez ADU. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

TNB Santuni 50 Keluarga Masyarakat India Di Lembah Pantai 

2

Semasa 10 bulan yang lalu

PM, Isteri Tiba Di Riyadh, Mohon Maaf Tak Dapat Bersama Raikan Deepavali

3

Semasa 10 bulan yang lalu

2.3 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sepanjang Cuti Deepavali - LLM

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Tol Percuma 2 Hari Sempena Deepavali

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi