web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penyeksaan, Kematian Pendatang Diseludup Harus Dicegah - Laporan RCI Wang Kelian

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 6:43PM

Anggota polis Malaysia membawa mayat manusia yang ditemui dari hutan di Wang Kelian, Perlis pada 28 Mei 2015. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa tempatan sepatutnya menghalang penyeksaan dan kematian lebih 130 pendatang yang diseludup, menurut laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kem kumpulan itu di Wang Kelian, Perlis yang didedahkan, baru -baru ini.

Laporan setebal 184 muka surat disiarkan di laman web Kementerian Dalam Negeri itu memperincikan siasatan berhubung kewujudan kem, kawalan sempadan dan tindak balas keseluruhan agensi penguatkuasaan terhadap penemuan kubur besar-besaran serta kem transit di Wang Kelian, berhampiran sempadan Thailand.

Laporan itu bertepatan dengan keterangan saksi daripada polis bahawa nasib malang dan kematian tragis pendatang itu boleh dicegah.

“Penyeksaan dan kematian pendatang tanpa izin sepatutnya dihalang pihak berkuasa yang mengambil langkah lebih proaktif dalam kawalan sempadan.

“Ia tidak memerlukan sebarang usaha luar biasa untuk mengesan apa yang berlaku di Bukit Wang Burma, seperti ditunjukkan S1 (saksi pertama RCI, Koperal polis Matt Ten).

“Apa diperlukan dalam kalangan pegawai penguat kuasa ialah dedikasi, komitmen dan inovasi dalam menjalankan tugas,” menurut laporan itu.

Laporan sama juga memperincikan kelemahan dalam kawalan sempadan dan penyelarasan rentas agensi, termasuk komunikasi antara jabatan dalam jabatan polis berhubung penemuan kem itu.

“Terdapat kelemahan membabitkan penyelarasan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan operasi, yang ditunjukkan melalui aliran kerja dan maklumat disalurkan antara jabatan/unit berhubung penemuan kem serta kubur.

“Selain itu, terdapat jurang dalam penghantaran dan perkongsian maklumat di mana semakan dilakukan beberapa kali sebelum tindakan seterusnya diambil.

“Ini dilihat menyebabkan kelewatan dalam pelaksanaan tindakan sepatutnya,” kata laporan itu.

Laporan itu juga menyatakan bahawa pihak berkuasa gagal mengambil maklum, menganalisis dan memahami trend pendatang haram dalam tempoh beberapa tahun sebelum penemuan kem pada 2015.

“Mereka juga tidak memandang serius kebanjiran pendatang tanpa izin secara besar-besaran sejak 2012 hingga 2015.

“Trend kebanjiran pendatang tanpa izin secara besar-besaran dan berterusan seharusnya menjadi amaran dan petanda jelas kepada agensi penguatkuasaan di negeri ini dan negara. Perkara itu juga perlu dibangkitkan di peringkat penggubalan dasar.

“Di peringkat negeri, PDRM, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Imigresen dan AKSEM mengetahui dan maklum mengenai corak serta aliran kemasukan (pendatang) ini, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan menghalang kemasukan pendatang tanpa izin di kawasan sering diceroboh.

“Pemeriksaan berkala dan menyeluruh harus dilakukan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand tanpa pengecualian,” kata laporan itu. - The Vibes, 18 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Perlis Akan Cadang Pintu Sempadan Padang Besar Dibuka Hingga 12 Tengah Malam

2

Semasa 7 bulan yang lalu

RCI Batu Puteh Untuk Tambah Baik Isu Kedaulatan Negara, Bukan Cari Salah - Azalina

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Agong Perkenan Penubuhan RCI, Tangani Kes Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Kes Pemerdagangan Manusia Wang Kelian: Warga Thailand Diekstradisi Selepas Jalani Hukuman Penjara Di Thailand

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah