web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Diperdaya Love Scam, Warga Emas Putih Mata RM18,000 Hangus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 8:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Angkara terpedaya dengan cinta Facebook, seorang warga emas yang juga suri rumah kerugian RM18,000 selepas dipercayai ditipu sindiket Love Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E Sundra Rajan berkata, mangsa yang berusia 71 tahun itu mengenali mangsa melalui laman sosial Facebook pada 27 Mac 2021.

Beliau berkata, daripada perkenalan itu mangsa kemudian berhubung dengan suspek melalui aplikasi Whatsapp.

"Menerusi perbualan,  suspek memaklumkan kepada mangsa yang dia akan berlayar menaiki kapal kargo untuk ke Jepun bagi menjalankan projek landasan kereta api.

"Bagaimanapun suspek kemudian memberitahu mangsa yang dia telah ditahan dan dibawa ke Pelabuhan Melaka sebelum meminta bantuan warga emas berkenaan untuk membebaskannya," katanya.

Beliau berkata, percaya dengan kata- kata suspek, mangsa kemudian membuat pembayaran seperti yang diminta.

"Mangsa mendapatkan bantuan anak saudaranya untuk membuat pembayaran yang kesemuanya berjumlah RM18, 000.

"Kesemua tujuh transaksi pembayaran itu dilakukan ke tiga akaun bank berbeza yang diberikan suspek," katanya.

Menurut Sundra Rajan, walaupun bayaran sudah dilakukan, suspek kemudian masih meminta wang tambahan daripada mangsa, dengan alasan ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kerana membawa wang dalam jumlah yang banyak.

"Warga emas itu sekali lagi meminta bantuan anak saudaranya untuk membuat bayaran, yang kemudian menyedarkan wanita itu bahawa beliau sebenarnya sudah dipedaya sindiket penipuan.

"Mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Tangjung Minyak, semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. - Getaran, 16 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi