web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemuda Rugi Lebih RM100,000 Ditipu Skim Pelaburan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 11:05PM

Seorang peniaga kerugian lebih RM154,000 selepas ditipu seorang wanita menerusi WhatsApp. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HUTAN MELINTANG - Tertarik dengan tawaran keuntungan sehingga 10% oleh seorang wanita yang disampaikan melalui WhatsApp, seorang peniaga ‘masuk angin keluar asap’ apabila dijebak skim pelaburan berkenaan.

Akibatnya, mangsa, seorang lelaki berusia 28 tahun mengalami kerugian lebih RM154,477 selepas gagal memperoleh semula pelaburan dibuatnya, apabila suspek wanita berkenaan bertindak menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri berkata, suspek pada mulanya memberikan satu pautan web kepada mangsa pada 29 Mac lalu dan memintanya untuk mendaftarkan diri.

Menurut beliau, mangsa kemudiannya mendaftar dan mula membuat transaksi pertama pada hari yang sama sebanyak RM500 dan beroleh keuntungan pertama berjumlah 10 peratus, 20 minit kemudian.

Mangsa yang mulai yakin dengan skim itu jelas Ahmad Adnan, bertindak memasukkan pelaburan tambahan berjumlah RM5,000 pada keesokan hari, dan sekali lagi berjaya menerima keuntungan seperti dijanjikan.

“Keyakinan terhadap pelaburan itu membuatkan mangsa melabur sekali lagi pada 31 Mac lalu dengan membuat sembilan transaksi berlainan ke dalam nombor akaun diberikan suspek berjumlah RM38,377.

“Pada 2 April, sekali lagi mangsa memasukkan wang untuk pelaburan ke dalam nombor akaun berlainan, membabitkan lima transkasi dengan jumlah keseluruhan RM76,000, selepas suspek memberitahu kewujudan promosi token percuma sebanyak RM5,888,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Adnan menarik perhatian, mangsa meminta untuk mengeluarkan semua wang miliknya apabila pelaburan dibuat sudah melebihi RM100,000 dan diberitahu, perlu melangsaikan cukai tertentu.

“Selepas pembayaran itu dibuat, mangsa membuat beberapa lagi transaksi ke dalam akaun suspek, sebelum menyedari dirinya ditipu apabila talian telefon bimbit wanita berkenaan gagal dihubungi,” katanya.

Susulan kejadian, lelaki tersebut membuat laporan polis dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Getaran, 16 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah