web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


M-Wez Tidak Ancam Penempatan Portugis Tempatan - Sulaiman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2021 9:27AM

Datuk Seri Sulaiman Md Ali berucap ketika upacara pelancaran Projek Pembangunan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka pada 8 April. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Projek Pembangunan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ) dijamin tidak akan menjejaskan penduduk setempat khususnya di masyarakat di Kampung Portugis.

Jaminan itu disuarakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, yang turut mengesahkan bahawa pembangunan seluas 10, 000 hektar di bahagian barat Melaka itu, tidak memberi kesan kepada penduduk sebaliknya memperkasakan lagi sosioekonomi.

Menurut beliau, beberapa fasa, kajian membabitkan projek koridor ekonomi baharu itu sudah dilakukan termasuk Penilaian Dampak Alam Sekitar (EIA).

“Kita mengambil kira semua aspek kajian yang telah dilaksanakan dan tidak perlu bimbang kerana pembangunan ini tidak akan meninggalkan kesan tidak baik.

“Pembangunan yang dirancang ini bertujuan memperkasakan sosioekonomi generasi akan datang dan kita akan cuba menambah baik  perkara ini,” katanya kepada Getaran.

Media sebelum ini melaporkan, jurang perbezaan ekonomi Melaka dan rakyatnya akan jauh ketinggalan sekiranya kerajaan tidak merancang untuk memajukan koridor ekonomi baharu seperti M-WEZ untuk keperluan rakyat di masa hadapan.

Sulaiman berkata, projek berkenaan adalah wadah yang akan mengembalikan semula kegemilangan Melaka sebagai pusat ekonomi, seperti pernah disaksikan 700 tahun lalu.

Baru-baru ini, presiden Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Komuniti Portugis, Martim Theseira mendakwa, pembangunan M-Wez akan memberi impak negatif kepada kehidupan seharian mereka.

Katanya, adalah tidak adil untuk membiarkan orang luar datang dan memusnahkan negeri ini.

Projek berkenaan tegasnya, bukan sekadar menghapuskan kualiti kehidupan seharian masyarakat Portugis tempatan, bahkan turut mengancam nilai sejarah dan kebudayaan negeri. - Getaran, 17 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka