web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pekerja Dikuarantin, Kerajaan Negeri Jamin Operasi Kutipan Sampah Tak Terjejas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2021 2:45PM

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin (dua dari kanan) memberikan penjelasan mengenai isu berbangkit di daerah ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Rahim Muda (paling kiri).

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kerajaan negeri memberi jaminan isu membabitkan kira-kira 600 pekerja Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) yang diarahkan menjalani kuarantin, tidak menjejaskan operasi kutipan sampah berjadual di daerah ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda berkata, pihaknya sudah meminta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) mengarahkan Alam Flora selaku pemegang konsesi bagi operasi kutipan sampah domestik, mengambil langkah proaktif dengan mendapatkan bantuan kakitangan dari daerah lain bagi memastikan operasi kutipan sampah dapat dilakukan mengikut jadual sedia ada. 

“Kita amat prihatin dengan apa yang sedang dialami kakitangan Alam Flora ketika ini dan berharap hasil ujian calitan (Rabu lalu) dapat diketahui segera. 

“Sementara mereka dikehendaki melalui tempoh kuarantin wajib, kita juga berharap masalah kutipan sampah tidak timbul dan saya percaya pihak SWCorp dan Alam Flora mempunyai pelan kecemasan jika perkara tidak diduga seperti ini berlaku. 

“Saya turut dimaklumkan bahawa mereka (SWCorp dan Alam Flora) sudah meminta bantuan (kakitangan) dari daerah lain, bagi membantu melakukan kerja mengutip sampah mengikut jadual di daerah ini,” katanya di sini. 

Rabu lalu, seramai 558 kakitangan Alam Flora dan ahli keluarga mereka diarahkan menjalani ujian calitan berikutan terdapat laporan mengenai kes positif COVID-19 membabitkan Kluster Indera Mahkota 3 yang merujuk kepada kumpulan pekerja itu.

Abd Rahim berkata, kemungkinan berlaku kelewatan kutipan sampah domestik tidak dapat dielakkan namun beliau memberi jaminan, ia hanya bersifat sementara dan boleh diatasi tidak lama lagi. 

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian aduan 1-800-88-7472 atau hubungi Majlis Bandaraya Kuantan di talian 1-300-88-0555, atau mengunjungi laman sosial Facebook rasmi SWCorpPahangMalaysia untuk mendapatkan maklumat lebih tepat. - Getaran, 17 April 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Dah 2024 Pun Ada Lagi Perangai Macam Ni?

2

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Susah Sangat Ke Nak Cari Tong Sampah Tu?

3

Semasa 7 bulan yang lalu

38 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Sekitar Johor

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjalanan Bas Bawa Pelancong Tertangguh, Pemandu Tiada Lesen Memandu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi