web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jika Tiada ‘Pengkhianat’, Rakyat Yakin PH Berwibawa Tadbir Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 8:00PM

Pakatan Harapan (PH) berupaya menjadi kerajaan berwibawa sekiranya tiada Langkah Sheraton dilakukan pemimpin 'pengkhianat' selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Pakatan Harapan (PH) berupaya menjadi kerajaan berwibawa sekiranya tiada Langkah Sheraton dilakukan pemimpin 'pengkhianat' selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018.

Seorang peniaga, Ali Yunus, 42, berkata, gabungan politik itu sewajarnya diberi peluang selama sepenggal namun disebabkan kepentingan peribadi sebahagian pemimpin menyebabkan kerajaan PH tumbang. 

Menurut beliau, rakyat sebenarnya sedang mempertimbangkan untuk memberikan lebih masa kepada PH untuk mengotakan segala janji yang ditawarkan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. 

"Sebenarnya pentadbiran kerajaan PH ini bagus, tetapi disebabkan tindakan segelintir pemimpin yang tikam belakang, itulah punca lenyap terus pandangan rakyat terhadap gabungan itu. 

"Seharusnya kerajaan PH diberikan peluang sampai mereka habis penggal untuk rakyat menilai adakah parti itu lebih baik atau tidak (sebelum BN), tapi disebabkan kepentingan peribadi pemimpin, itulah punca kejatuhannya,” katanya ketika ditemui Getaran di Bukit Gambir, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau turut menyangkal dakwaan bahawa DAP akan menganiaya kaum Melayu dan mengamalkan sistem liberal sekiranya berjaya mentadbir kerajaan Persekutuan. 

"Bagi saya, ini semua hanyalah senjata politik yang cuba diwujudkan oleh pihak lawan. Kalau benda itu betul,sudah lama pemimpin Melayu dalam DAP akan bersuara atau keluar parti disebabkan sikap berat sebelah. 

"Namun begitu, DAP mengamalkan pendekatan pelbagai kaum dengan ramai pemimpin Melayu yang masuk parti itu. Jadi, ia hanyalah polemik yang cuba diwujudkan oleh rakyat," katanya. 

Dalam pada itu, pesara kerajaan, Muis Kupar, 65, berpandangan sebahagian pemimpin yang keluar daripada kerajaan PH berikutan tidak mahu menjadi pengkhianat agama dan pelbagai bangsa di Malaysia. 

Muis Kupar
Muis Kupar

Jelasnya, beliau yakin walaupun Pengerusi Perikatan Nasional (PN) digelar pengkhianat, tindakan itu dilakukan berikutan desakan luar biasa menteri PH yang kebanyakan permintaannya boleh membawa kemudaratan kepada rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam.

“Pengundi melihat Muhyiddin tidak mempunyai isu (walaupun keluar daripada PH). Semasa menjadi Perdana Menteri, banyak perkara beliau selesaikan, terutama dari segi kebajikan. Pada masa sama, beliau memiliki sifat merendah diri seperti bapanya, Tuan Guru Muhammad Yassin.

“Saya yakin memang agak payah calon lain nak menggugat kekuatan yang ada pada Muhyiddin, sehingga orang mempercayai partinya. Saya juga percaya sukar untuk pengundi di sini memilih pemimpin yang mereka mahukan. 

“Adakah rakyat mahu kembali semula ke zaman BN atau PN? Semuanya terpulang kepada prinsip masing-masing siapa mereka mahukan, tapi saya berpendapat persaingan amat sengit,” katanya. 

Sementara itu, seorang pelajar kolej, Muhammad Nurussalam Ibrahim, 22 berpandangan, PH dilihat sebagai kerajaan gagal sepanjang 22 bulan mentadbir negara. 

Muhammad Nurussalam Ibrahim
Muhammad Nurussalam Ibrahim

Susulan itu, menurut beliau kegagalan gabungan tersebut sehingga menyebabkan ketidakstabilan politik harus dipandang serius semua parti agar tidak menabur pelbagai janji kerana sukar untuk mengotakannya.

"Bagi saya PH ketika mentadbir kerajaan dilihat mengenepikan kepentingan orang Melayu dan Islam. Itu yang kita risau sebab perkara itu sudah terjadi ketika mereka menang PRU lalu, di mana ketika itu ramai takut agama dan kaum utama ditindas. 

"Ada perubahan juga dalam pentadbiran kerajaan PH, seperti mereka tegas untuk banteras rasuah serta menghapuskan pemimpin tidak berintegriti, tapi kita tak mahu apa yang jadi kepada orang Melayu sehingga perpecahan kaum di Malaysia berlaku semula," katanya.

Bagi mahasiswa, Rosnah Zahim, 26, dia berharap PRU-15 membuka mata pemimpin yang menang agar menjiwai masalah dihadapi rakyat, selain menunaikan segala janji manis ditawarkan, khususnya dari segi pembangunan dan ekonomi.

Menurut beliau, rakyat mengharapkan Malaysia berupaya menjadi sebuah negara dikenali semula seantero dunia dan menarik lebih ramai pelabur asing.

"Harapan saya supaya pemimpin kali ini dapat melaksanakan tanggungjawab sebaiknya dan jangan sekadar menabur janji, tetapi hilang selepas dipilih menjadi wakil rakyat. Manifesto perlu dilaksanakan.

“Saya menyokong mana-mana pemimpin yang ingin membawa perubahan terbaik kepada rakyat, khususnya golongan muda kerana kami adalah legasi pemimpin pada masa depan,” katanya. 

Pada PRU-14, PH berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila meraih 113 kerusi yang disumbangkan menerusi gabungan parti PKR, BERSATU, DAP dan AMANAH.

Namun pentadbiran PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan sebelum digantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk selepas Langkah Sheraton pada Februari 2020. - Getaran, 12 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

2

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

3

Politik 3 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

4

Politik 3 bulan yang lalu

Pertarungan Rebut Kerusi DUN Sungai Bakap Bermula Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula