web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwa Disneyland Dibina Di Melaka, Jailani Memalukan, Perlu Dipecat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 8:44PM

Muhammad Jailani Khamis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR HILIR - Hasrat rakyat untuk melihat taman tema Disneyland dibina di Malaysia musnah, selepas syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu menafikan penglibatannya dalam projek yang dikatakan bakal dibangunkan di Jasin dekat sini.

Naib Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, penafian oleh Disneyland telah menjejaskan nama baik negeri itu, menyebabkan ia menjadi bahan jenaka di seluruh dunia.

Menurut beliau, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis seharusnya dipecat kerana mengeluarkan kenyataan terbabit.

“Berdasarkan kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Disney, mereka tidak merancang untuk membina taman tema di Melaka. Maka drama yang diketuai Muhammad Jailani ini telah menyebabkan Melaka menjadi bahan ketawa kepada seluruh dunia dan ini amat memalukan.

“Perbuatannya amat tidak berintegriti dan bermaruah. Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali perlu memecatnya serta-merta demi menjaga imej kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Semalam, portal kerajaan negeri melaporkan, Melaka akan membangunkan sebuah taman tema Disneyland dan Disney City terbesar di ASEAN, berkeluasan kira-kira 80.9 hektar.

Projek berkenaan bakal dibangunkan dengan anggaran kos pembinaan keseluruhan RM2 bilion, serta dilengkapi dengan pelbagai fasiliti termasuk laluan keretapi maglev (pengapungan magnetik) tanpa geseran.

Bagaimanapun hari ini, Disney secara rasmi mengesahkan syarikat itu tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membina taman tema tersebut di Melaka.

Perkara tersebut dimaklumkan kepada wartawan CNN, Heather Chen selepas beliau menghubungi pihak Disney untuk meminta penjelasan lanjut.

Sementara itu, Exco Kanan Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika dihubungi memaklumkan, beliau belum melihat laporan mengenai dakwaan itu,

“Berkenaan perkara itu, saya tidak menerima laporan lagi. Sekiranya saya terima (laporan) nanti, saya akan ulas lebih lanjut,” katanya ringkas. - Getaran, 17 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global