web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Padah Tak Berpuasa, Warga Emas Ditahan JAIPk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 5:03PM

Warga emas tidak puasa ditahan dalam Ops Khas Ramadan di Teluk Intan, Perak, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Walau sudah berusia melebihi separuh abad, seorang lelaki warga emas masih enggan menjalankan ibadat puasa, menyebabkan dia ditahan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), dalam Ops Khas Ramadan di sini semalam.

Lelaki berusia 63 tahun itu ketika operasi, didapati sedang berada di kedai makanan bukan Islam dan cuba melarikan diri, sebelum berjaya ditahan penguatkuasa.

Dalam ops dijalankan di sekitar Teluk Intan dan Langkap pada jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi itu, warga emas berusia 63 tahun berkenaan mengaku datang ke kedai terbabit untuk makan.

Difahamkan, warga emas itu kemudiannya memberitahu penguatkuasa yang dia baru sahaja duduk di kedai berkenaan sebelum diserbu pegawai JAIPk.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pemeriksaan mendapati masih terdapat individu beragama Islam termasuk warga emas berada di premis makanan bukan Islam pada Ramadan ini. 

Katanya, mereka yang menyedari kehadiran penguatkuasa bertindak melarikan diri dan hanya warga emas berkenaan berjaya ditahan.

“Kami mengambil maklumat lelaki itu namun tiada saman dikeluarkan dan dia diberikan nasihat dan amaran keras,” katanya.

Mohd Yusop berkata, beberapa individu juga didapati berada di premis makanan di Langkap tetapi mereka sempat melarikan diri, meninggalkan makanan dan minuman di atas meja sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa. – Getaran, 19 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang