web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anjur Zumba Secara Maya, AEON Malaysia Catat Rekod Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Apr 2021 5:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - AEON.CO (M) Sdn Bhd mencatat sejarah apabila buat julung kali berjaya menganjurkan acara Zumba maya terbesar, sekali gus memahat nama dalam Buku Rekod Malaysia.

Acara bertemakan One Zumba. One Move. One Kita itu diadakan 28 Mac lalu, membabitkan 1,943 peserta dalam semua peringkat umur di seluruh negara.

Acara penuh meriah itu dihiasi pelbagai lagu yang disusun mengikut rentak bertenaga, hasil sentuhan pemain bola era moden, Aqmal Daniel dan saksofonis, Zoro.

Ia diketuai sifu Zumba dari Fitness First, Joelle Teh dan Annie Tan dari Celebrity Fitness, yang dibahagikan kepada dua sesi, menerusi aplikasi Zoom.

Ketua Pegawai Operasi AEON Malaysia, Sunny Setiawan berkata, acara Zumba maya itu adalah sebahagian daripada kempen ‘Piece of Love’ AEON Malaysia yang dilancarkan, sebagai sokongan AEON terhadap petugas barisan hadapan, khususnya jentera perubatan negara.

“Objektif kempen ‘Piece of Love’ adalah untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan menerapkan aktiviti fizikal yang sihat, di samping mencipta kenangan istimewa bersama orang tersayang,” katanya.

Tiket bagi Zumba maya tersebut dijual melalui dua fasa pemasaran digital, menggunakan MyAEON dari 9 hingga 24 Mac 2021, diikuti dengan penjualan eksklusif untuk pelanggan terpilih.

Bagi setiap tiket berharga RM15 yang terjual, AEON menyumbangkan satu kotak coklat Harriston kepada petugas barisan hadapan, dengan setiap peserta turut diberi sekotak coklat pada harga yang sama. - Getaran, 19 April 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 6 bulan yang lalu

Produk Pelancongan Domestik Mampu Guna Teknologi Canggih Jika Kena Caranya

2

Semasa 1 tahun yang lalu

4 Daripada 5 Remaja Di Malaysia Tidak Aktif Secara Fizikal - Dr Zaliha

3

Gaya 3 tahun yang lalu

Saksikan Minggu Fesyen ASEAN-Korea 2021 Secara Maya

4

Semasa 3 tahun yang lalu

MAF Peruntuk RM300,000 Jayakan Inisiatif Sayap Bagimu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki