web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Video Gaduh Tular, Polis Tahan 2 Lelaki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 9:50AM

Tangkap layar dari video tular menunjukkan pergaduhan antara seorang peniaga dan seorang penghantar makanan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dua lelaki ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di luar sebuah restoran di sini, seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Video berdurasi satu minit 36 saat itu memaparkan pergaduhan antara seorang penghantar makanan dengan seorang lelaki, dipercayai peniaga makanan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan kejadian itu dan hasil siasatan berjaya menahan dua lelaki yang dikenalpasti terbabit dalam pergaduhan itu.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan provokasi antara pemilik restoran dan pelanggan berkaitan isu pembayaran makanan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 160 dan 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.

Sementara itu, A Asmadi berkata, polis juga sedang mengesan pemilik akaun Twitter bernama 'v 3 3 r u @Veeruuuuuuuu' yang menciap komen kononnya anggota polis berada di tempat kejadian dan tidak mengambil tindakan sewajarnya dengan berkongsi satu video mengenai kejadian pergaduhan terbabit.

Katanya, semakan mendapati bahawa individu yang dilihat berpakaian seragam warna gelap di dalam video itu bukanlah anggota polis dan sebenarnya adalah anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Satu laporan polis juga dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mengenainya untuk siasatan mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Oleh itu, polis ingin menasihatkan orang awam agar tidak mengeluarkan komen tidak benar dan tidak bertanggungjawab melalui kaedah tular di media sosial bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya. - Getaran, 21 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang