web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Belanjawan Johor 2023 Menyeluruh, Galak Usaha Berterusan Iskandar Investment Berhad Bangunkan Negeri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 12:56PM

Idzham Mohd Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Belanjawan Negeri Johor 2023 menjadi petanda baik bagi Iskandar Investment Berhad (IIB) dalam mencapai matlamat perniagaannya, terutama membabitkan pembangunan dan pelaburan hartanah, selain pendidikan serta pembinaan ekosistem.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Idzham Mohd Hashim berkata, sebagai pemaju pemangkin untuk Iskandar Puteri, syarikat itu sudah memainkan peranan sejak 15 tahun lalu dalam membangunkan Johor dengan menyediakan pelbagai infrastruktur melalui penciptaan pekerjaan, peluang perniagaan kepada usahawan, pembangunan bakat dan peningkatan kualiti hidup penduduk.

Katanya, sebagai sebahagian daripada Maju Johor Agenda, bajet dibentangkan itu dilihat sebagai belanjawan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

“Bajet ini menggariskan strategi kerajaan negeri dalam memulihkan ekonomi negara dan memperkasakan kesejahteraan rakyat melalui pemantapan sistem pendidikan, menggalakkan sosio-ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat Johor.

“Ini bertepatan dengan aspirasi IIB untuk menyediakan peluang kepada semua lapisan masyarakat dan menggalakkan pembangunan mampan, dengan menggabungkan sebaiknya warisan serta pemeliharaan alam sekitar,” katanya menerusi kenyataan.

Idzham berkata, ekonomi Johor kembali rancak dalam tempoh pemulihan, malah walaupun dilanda ketidaktentuan ekonomi, negeri berkenaan terus menunjukkan prestasi memberangsangkan sebagaimana ditunjukkan menerusi laporan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ujarnya, strategi dan inisiatif kerajaan Johor untuk tahun depan adalah menyeluruh dan mencakupi isu bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

Beliau berkata, IIB turut memuji rancangan dan inisiatif kerajaan Johor menggalakkan lebih banyak pembangunan rumah mampu milik dan pelaksanaan ‘Fast Lane Approval’ bagi memudah dan mempercepatkan tempoh kelulusan untuk perumahan awam.

“Ini selaras dengan rancangan IIB untuk mewujudkan lebih banyak kehidupan mampu milik di Iskandar Puteri yang bertepatan dengan aspirasi kerajaan, bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat memiliki rumah berkualiti tinggi dan bernilai tinggi pada harga mampu milik.

“Pembangunan ini dijangka membolehkan rakyat pelbagai peringkat umur, gaya hidup dan pendapatan mendapat akses kepada kemudahan serta infrastruktur dalam persekitaran semula jadi,” katanya.

Mengulas lanjut, Idzham berkata, Iskandar Puteri juga akan memperoleh manfaat daripada pengumuman bajet itu menerusi peruntukan RM2.5 juta untuk kerja landskap dan pembinaan arca.

Jelasnya, ia mampu mewujudkan persekitaran yang menyelesakan dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat, selain menarik lebih ramai pelancong ke perbandaran itu.

Pada masa sama, beliau berkata, bajet itu menyaksikan komitmen kerajaan Johor untuk memberi tumpuan kepada generasi muda, sekali gus manfaat besar kepada golongan terbabit dan negeri.

Menurutnya, ketika ini IIB sememangnya turut melaksanakan inisiatif untuk golongan itu menerusi pelbagai usaha, termasuk menambah baik ekosistem pendidikan yang sedang dirancang melalui komitmen membangunkan pelajar pasca pandemik dan meningkatkan tahap kompetensi serta pembangunan warga pendidik di Johor.

Katanya, menerusi Bahagian Pendidikan IIB, EduCity Iskandar, pihaknya menyasarkan untuk menjadi pemangkin yang mengubah landskap pendidikan di Malaysia, malah menyokong penuh inisiatif kerajaan negeri untuk generasi bakal mewakili masa depan negara.

“Kami berharap bajet diperuntukkan sebanyak RM2 juta melalui pelbagai inisiatif akan memperkukuh ekosistem mampan dan pembangunan bakat di Johor.

“Bajet Negeri Johor 2023 menyediakan pendekatan seimbang dan pragmatik kepada kewangan negeri, di mana ia menyokong penuh usaha IIB ke arah mewujudkan metropolis masa depan mampan di Iskandar Puteri,” katanya.

Kelmarin, Onn Hafiz ketika membentangkan Belanjawan Johor 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata, negeri berkenaan diunjurkan mengutip hasil dianggarkan sebanyak RM1.734 bilion, manakala perbelanjaan dianggarkan berjumlah RM1.731 bilion.

Peruntukan dalam Belanjawan Johor 2023 bertemakan ‘Maju Johor, Makmur Bersama Rakyat’ itu, membabitkan sejumlah RM69.51 juta perbelanjaan tanggungan, manakala bakinya RM1.662 bilion adalah perbelanjaan bekalan. - Getaran, 3 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 18 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 18 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok