web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pencemaran Di Muka Sauk Jenderam Hilir, LUAS Terus Laksana Pemantauan Susulan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 9:52PM

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan agensi-agensi berkaitan terus melaksanakan pemantauan susulan di muka sauk Jenderam Hilir, Dengkil - Gambar Facebook LUAS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan agensi-agensi berkaitan terus melaksanakan pemantauan susulan di muka sauk Jenderam Hilir, Dengkil, berikutan insiden pencemaran bau yang berlaku semalam berpotensi untuk berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata ia disebabkan lokasi punca pencemaran itu adalah dari luar kawasan Selangor selain kejadian itu masih dalam siasatan dan sedang dikenal pasti pihak berkuasa di Negeri Sembilan.

"LUAS bersama semua agensi Negeri Selangor terlibat sedang berkomunikasi dengan agensi-agensi berwajib di Negeri Sembilan untuk bersama-sama menyelesaikan isu pencemaran ini dengan kadar segera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hee berkata berdasarkan situasi semasa Sungai Semenyih dan kawasan persekitaran telah menerima hujan lebat dengan aliran air sungai yang tinggi telah membantu mempercepatkan pencairan pencemaran di dalam sungai.

"Sehingga pukul 6 pagi hari ini tiada pencemaran bau dikesan di lokasi-lokasi strategik pensampelan oleh LUAS termasuk di kawasan muka sauk Jenderam Hilir.

"Pemantauan bermula jam 6.30 petang semalam telah ditamatkan pada jam 6 pagi hari ini setelah tiada risiko henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) disahkan," katanya.

Semalam, LRA Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dihenti tugas sementara susulan pencemaran bau sehingga empat ton yang dikesan di muka sauk Jenderam Hilir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pencemaran Air: Mahkamah Rayuan Beri Pampasan RM100,000 Kepada Syarikat Bekalan Air

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Undang-Undang Pencemaran Air Perlu Diseragamkan - Mei Sze

4

Semasa 2 tahun yang lalu

LUAS Kesan Pencemaran Bau Di Sungai Gong

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 16 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 22 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula