web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mesyuarat Kabinet Berjalan Lancar, Fokus Selesaikan Masalah Rakyat – PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 6:41PM

Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat kabinet mingguan pagi tadi di Putrajaya berjalan dengan lancar, dalam suasana yang harmoni dan produktif - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Semua calon Timbalan Menteri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu hantaran ringkas di Facebook, Anwar berkata, mesyuarat kabinet mingguan pagi tadi di Putrajaya berjalan dengan lancar, dalam suasana yang harmoni dan produktif.

“Alhamdulillah, mesyuarat kabinet mingguan pagi tadi berjalan dengan suasana yang harmoni dan produktif,” katanya. 

Menurut beliau, segala isu yang melingkari kehidupan rakyat khususnya masalah kos sara hidup harus diberikan tumpuan dan diselesaikan pada kadar segera.

“Saya menegaskan bahawa isu-isu rakyat terutamanya masalah kos sara hidup harus diberi tumpuan dan diselesaikan sesegera mungkin,” katanya.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Ahli Parlimen Tambun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesepuluh pada 24 November lalu, selepas menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama Barisan Nasional (BN).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November lalu, tiada sebarang gabungan berjaya meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, tetapi PH mendahului dengan 82 kerusi Parlimen, menewaskan Perikatan Nasional (PN) yang meraih 73 kerusi dan BN (30). – Getaran, 7 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka