web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Royalti Lagu ‘Siapa Sokong Penyamun’ Milik Waris P Ramlee Sepenuhnya - Altimet

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 3:45PM

Altimet akan menyerahkan semua royalti lagu 'Aduh Malaysia (Siapa Sokong Penyamun)' kepada waris Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan pencipta lagu terkenal, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet akan menyerahkan semua royalti lagu 'Aduh Malaysia (Siapa Sokong Penyamun)' kepada waris Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Altimet berkata, hak lupus royati itu dijangka berakhir tahun ini dan beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai kerana menghargai karyanya. 

Menurut beliau, waris kepada seniman agung berkenaan akan menerima lebih banyak jumlah royalti sekiranya lebih ramai menggunakan lagu tersebut, khususnya di platform media sosial.

“Sebenarnya saya lepaskan semua royalti lagu ni kepada waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee (dan) 2022 antara tahun terakhir untuk waris-warisnya dapat hasil harta intelek dia.

“Hak ni lupus 50 (tahun) lepas pencipta meninggal. Lagi ramai org nyanyi lagi banyak diorang dapat. So terima kasih semua,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas membalas ciapan seorang pengikut yang menggunakan nama Syazihan.

Dalam Twitternya, Syazihan meminta Altimet menuntut royalti daripada Perikatan Nasional (PN) berikutan penyokong gabungan berkenaan telah menyanyikan lagu tersebut bagi meraikan kemenangan calon PN Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin, semalam.

“Altimet jgn lupa claim royalti kat PN guna lagu sempena kemenangan calon #PerikatanNasional di #PadangSerai #PRU15,” kata Syazihan.

Beberapa klip video dikongsi di media sosial, memaparkan ratusan penyokong PN berkumpul di luar Kompleks Sukan Berteknologi Tinggi Kulim yang menjadi pusat penjumlahan undi sambil menyanyikan lagu itu.

Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza, Altimet mendedahkan bahawa lagu tersebut sudah disiapkan sejak 2016 namun digubal sedikit agar mampu menjadi tauladan kepada rakyat mengikut keadaan semasa.

“Benda ni dah lama rancang. Lagu siap 2016. (Ubah semula) update sikit antara 2021 sehingga 2022. Sentimen rakyat kena pada masa ni. 

“Allahyarham P Ramlee meninggal 1973. Apa lagi. Terima kasih semua yang viralkan lagu ni. Saya tak mampu balas jasa (anda) satu persatu,” katanya.

Altimet mencipta lagu ‘Penyamun’ dengan mengubah lirik asal ‘Ali Baba dengan 40 Penyamun’ hasil ciptaan P. Ramlee.

Lagu itu kemudian menjadi trending sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan digunakan oleh pemimpin serta jentera PH sebagai bahan kempen.

Ia pada awalnya ditujukan kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) yang dikaitkan dengan aktiviti mencuri duit rakyat sepanjang lebih 60 tahun memerintah.

Semalam, PN berjaya memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dengan majoriti besar iaitu sebanyak 16,260 undi

Azman memperoleh 51,637 undi untuk menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Mohamad Sofee Razak yang meraih 35,377 undi. 

Calon BN, Datuk C Sivarraajh yang memberi laluan kepada PH pula menerima 2,983 undi, manakala calon Bebas, Sreanandha Rao (846), dan calon PEJUANG, Hamzah Abd Rahman mendapat 424 undi. 

Calon WARISAN, Mohd Bakhri Hashim yang turut menarik diri menerima 149 undi.

Sebelum ini, Sivarraajh dan Mohd Bakri berundur bagi memberi peluang kepada calon PH untuk meningkatkan peluang kemenangan susulan penyertaan blok itu dalam kerajaan perpaduan, tetapi namanya masih tertera di kertas undi. - Getaran, 8 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

2

Muzik 6 bulan yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

3

Kisah Kita 6 bulan yang lalu

Sedekad MH370: Harapan Baharu Pencarian Semula, Hapuslah Spekulasi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Tidak Akan Layan Tuntutan Remeh Mana-Mana Pihak Ke Atas Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan