web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suhakam: Pemeriksaan Datang Bulan Langgar Hak Kanak-kanak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 8:54AM

Gambar hiasan - Gambar dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyifatkan “pemeriksaan datang bulan” sebagai pelanggaran terhadap hak kanak-kanak dan menyalahi undang-undang kerana wujud unsur gangguan dan penderaan seksual.

Pesuruhjaya Kanak-kanak Suhakam Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata selaras dengan Perkara 28 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRC) yang telah diratifikasi oleh Malaysia pada 1995, negara wajib untuk memastikan sekolah melaksanakan disiplin selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak.

"Di bawah Konvensyen yang sama, Perkara 16, 19 dan 36 masing-masing menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai hak untuk privasi, perlindungan daripada penyalahgunaan, keganasan dan pengabaian dan perlindungan dari segala bentuk eksploitasi lain yang merangkumi eksploitasi seksual dan gangguan seksual," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Sebelum ini tular di laman Twitter beberapa pelajar mendedahkan amalan “pemeriksaan datang bulan” terhadap pelajar perempuan semasa bulan Ramadan di sekolah, dan mereka mendakwa turut diminta membuka pakaian dalam bagi membuktikan mereka sedang dalam haid dan tidak boleh berpuasa.

Sementara itu, Noor Aziah turut mengingatkan Kementerian Pendidikan (KPM) tentang tanggungjawabnya untuk melindungi semua kanak-kanak atau pelajar daripada segala bentuk gangguan dan eksploitasi seksual, sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 34.

Justeru, beliau meminta KPM untuk mengambil tindakan tegas terhadap guru dan pihak sekolah yang telah melanggar hak dan maruah kanak-kanak sebelum ini.

Menurutnya, garis panduan mendisplinkan pelajar yang lebih jelas mesti diperkenalkan untuk memastikan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan guru tidak berulang.

"Amat penting bagi Malaysia untuk mewujudkan dan memastikan persekitaran yang lebih selamat untuk generasi masa hadapan kita," katanya.

Beliau juga menyeru semua kementerian dan pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan guru untuk bersama-sama memastikan sekolah dan sekolah berasrama penuh menjadi tempat yang selamat untuk kanak-kanak pada setiap masa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tahap 2 TIP: Tanda Kemajuan Ketara Tangani Isu Pemerdagangan Orang - SUHAKAM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KDN Akan Bentang Kertas Kerja Bawa Keluar Kanak-Kanak Dari Depot Tahanan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Langkah Positif Suruhanjaya Kanak-Kanak Sebagai Badan Berkanun Bebas

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ahmad Zahid Harap Jawatankuasa Diberi Kuasa Badan Penyelia Berkaitan Isu Kanak-Kanak

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang