web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


222 Ahli Parlimen Selesai Angkat Sumpah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Dec 2022 1:40PM

Anwar Ibrahim ketika mengetuai acara itu di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul. - Gambar ihsan Japen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seramai 222 Ahli Dewan Rakyat mengangkat sumpah pada hari pertama Persidangan Dewan Rakyat Ke-15 sebentar tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai acara itu di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof menyusuli angkat sumpah itu, sebelum diikuti Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan diterajui Anwar.

Kemudian, ia diteruskan dengan angkat sumpah wakil pembangkang yang diketuai Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada Perikatan Nasional (PN).

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini dan esok, beberapa agenda diadakan serta dibentang dengan perkara utama mengenai undi usul percaya untuk menentukan keabsahan pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memegang jawatan itu mulai 24 November lalu.

Keputusan membentangkan usul undi percaya itu ditetapkan Anwar bagi membuktikan keabsahan beliau dari segi persepsi politik dan penafsiran dalam Perlembagaan Persekutuan.

Usul undi percaya itu juga bertujuan membuktikan Anwar memperoleh sokongan Ahli Parlimen bagi memimpin kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dewan Rakyat berkenaan turut menyaksikan pemilihan Yang Dipertuanya dan timbalan.

Pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan timbalannya itu diadakan selepas Tan Sri Azhar Azizan Harun pada 2 Disember lalu, mengosongkan kedudukannya untuk jawatan berkenaan sebelum Parlimen bersidang.

Anwar pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet pertama 5 Disember lalu berkata, persidangan Parlimen pertama itu juga akan membentang dan meluluskan peruntukan khas atau mini bajet bagi tujuan membayar emolumen penjawat awam bagi Januari.

Mengenai usul undi percaya terhadap Anwar, ramai menjangkakan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri tidak tergugat susulan memperoleh 148 sokongan Ahli Parlimen daripada parti politik yang bergabung untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Ia diperkukuh dengan Perjanjian Persefahaman (MoU) Kerjasama dimeterai antara Anwar dan parti politik gabungan Kerajaan Perpaduan itu pada Jumaat lalu.

Semua gabungan politik berkenaan diwakili pemimpin tertinggi masing-masing, iaitu Anwar sebagai Pengerusi PH; Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Kandungan perjanjian itu bukan sahaja bagi menjamin kestabilan politik dan memacu ekonomi negara, tetapi juga menegaskan sebarang kegagalan Ahli Parlimen dalam gabungan Kerajaan Perpaduan mengundi atau menyokong Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan atau sebarang usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan Kerajaan Persekutuan, dikira meletak jawatan. - Getaran, 19 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 10 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 4 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan