web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat Sedih, Rakam Takziah Untuk Mangsa, Keluarga Tanah Runtuh

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 4:32PM

Semua Ahli Parlimen merakamkan ucapan takziah kepada individu dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ini melahirkan rasa sedih dengan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor, baru-baru ini yang melibatkan 94 rakyat tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehingga kini, 61 mangsa terselamat daripada tragedi itu dan 24 disahkan maut, manakala sembilan lagi masih belum dijumpai.

Menurut beliau, semua Ahli Parlimen merakamkan ucapan takziah kepada individu dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan.

“Berdasarkan kepada laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sejurus mendapat maklumat kecemasan daripada orang awam pada jam 2.23 pagi, koordinasi antara agensi telah dibuat dengan pantas.

“Anggota penyelamat telah tiba di kawasan kejadian pada jam 2.58 pagi dan berjaya menyelamatkan mangsa pertama sejam selepas itu,” katanya ketika membentangkan usul Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Susulan peristiwa hitam tersebut, kerajaan jelas Anwar, mengumumkan bantuan segera sebanyak RM10,000 untuk keluarga mangsa yang terkorban dan RM1,000 kepada mangsa terselamat.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, 16 agensi kerajaan Persekutuan dan negeri telah ditugaskan untuk melaksanakan misi mencari dan menyelamat (SAR), terdiri daripada 700 anggota.

“Justeru, dewan ini ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi penyelamat di ground zero terutamanya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), RELA dan juga pasukan khas yang terdiri daripada pasukan SMART, STORM, MUST, PGA dan unit khas K9.

“Turut terlibat agensi-agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Kerajaan Negeri Selangor, Telekom Malaysia dan lain-lain.

 “Sembah takzim Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah yang berkenan berangkat meninjau pusat operasi. Begitu juga rakan Jemaah Menteri kerajaan perpaduan dan semua (yang) turun padang memberikan khidmat kepada seluruh operasi,” katanya.

Anwar berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diarah untuk memantau dan mempertingkat keselamatan di semua tapak peranginan di negeri masing-masing.

“Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan mengenai Monsun Timur Laut 2022/2023 dan hujan berterusan yang dijangk berlaku di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah bermula 17 Disember lalu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri memberitahu, sidang Dewan Rakyat hari ini  turut merakam ucapan takziah kepada keluarga Nur Hilwa Edrea  Mohd Hariz Zaifan, iaitu korban pertama banjir di Terengganu.

Mayat bayi berusia setahun itu ditemui terapung tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Semua pihak dipohon berwaspada dan mengelakkan kawasan berisiko tinggi ketika musim tengkujuh dan monsun ini,” katanya. Getaran, 19 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 10 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan