web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gangguan Air Di Selangor Berpunca Daripada Pati Minyak Wangi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Dec 2022 2:01PM

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan, pihaknya sedang mengusahakan tindakan pembersihan segera bagi mengeluarkan kesan tumpahan pati minyak wangi itu. - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keputusan Air Selangor menghentikan sementara operasi di dua loji rawatan air di negeri berkenaan susulan insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, berpunca daripada pati minyak wangi yang mengalir memasuki kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian berkata, ia disebabkan kemalangan membabitkan lori kontena muatan 20 ton membawa pati minyak wangi di Lebuhraya Elite berdekatan Serenia, Negeri Sembilan.

“Pati minyak wangi mengalir masuk melalui sempadan ke Sungai Limau Manis dan seterusnya ke Sungai Semenyih, Selangor,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Getaran melaporkan, Air Selangor terpaksa menghentikan sementara operasi di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) dan LRA Bukit Tampoi (LRA Bukit Tampoi), susulan insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Menurut kenyataan Air Selangor, ekoran henti tugas di dua LRA itu, sebanyak 472 kawasan di lima wilayah pentadbirannya dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 7 pagi ini.

“(Ini membabitkan) 172 kawasan di Petaling, Hulu Langat (54), Sepang (196), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (27) dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, Air Selangor memberitahu, pihaknya akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden itu dari semasa ke semasa menerusi semua medium.

“Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

“Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya.

Sementara itu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan, pihaknya sedang mengusahakan tindakan pembersihan segera bagi mengeluarkan kesan tumpahan pati minyak wangi itu.

Usaha segera itu, katanya, bagi membolehkan operasi LRA diaktifkan semula.

LUAS memaklumkan, pihaknya sudah mengaktifkan pemantauan rapi di sepanjang aliran sungai dari kawasan kemalangan ke LRA bagi memastikan aliran pencemaran berkenaan dibersihkan sepenuhnya.

“Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – Getaran, 24 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Kerajaan Pantau Paras Empangan, Pastikan Bekalan Air Cukup

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Gangguan Bekalan Air Di Pangkor Pulih Sepenuhnya, Sedia Terima Pelancong - MB

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Pemulihan Bekalan Air Tahap Kedua Bermula Jam 6 Pagi - PBAPP

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Penduduk Pulau Pinang Lega Bekalan Air Mula Pulih

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 16 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'