web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Nelayan Asing Ceroboh Perairan Negara Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 10:54PM

Bot itu dikendalikan lima kru warga Indonesia tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak berjaya menahan sebuah bot nelayan tradisional Indonesia di kedudukan kira-kita 13.0 batu nautika barat daya Pulau Buloh, di sini, jam 1 petang semalam.

Pengarah APMM Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan berkenaan dilakukan selepas peronda mengesan satu bot mencurigakan semasa rondaan bersepadu OP Benteng dan OP Pintas.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati bot itu dikendalikan lima kru warga Indonesia tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, kesemua mereka berusia lingkungan 19 hingga 35 tahun dan turut terdapat bersama mereka adalah hasil laut dengan anggaran berat 50 kilogram (kg).

“Ketika ditahan, bot tanpa nombor pendaftaran itu sedang melakukan aktiviti perikanan berhampiran Pulau Buloh dan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu tiada kebenaran bertulis daripada Pengarah Perikanan Malaysia, serta Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kru dan tekong ditahan manakala 50kg ikan dirampas sebelum dibawa ke Pusat Tahanan Vessel (PTV) Kampung Bharu untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Shahrizan berkata, penahanan kali ini membuktikan komitmen dan kepekaan APMM terhadap setiap maklumat serta aduan daripada komuniti nelayan berkaitan salah laku serta pencerobohan perairan. - Getaran, 25 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

3

Luar Negara 7 bulan yang lalu

PEMILU 2024: Pemimpin Dunia Ucap Tahniah Kepada Prabowo

4

Luar Negara 7 bulan yang lalu

PEMILU: Puluhan Cedera Dalam Pertempuran Di Papua

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah