web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cecemek Dan Suji, Juadah Silam Jadi Kegilaan Ketika Ramadan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 8:55AM

Kuih suji sering dianggap puding jagung atau dadih.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BOTA - Kuih Cecemek dan Suji begitu unik dalam kalangan masyarakat Perak Tengah apabila hidangan pemanis mulut itu menjadi menu wajib untuk dirasai pada setiap Ramadan.

Kuih cecemek yang juga manisan masyarakat Perak Tengah popular di Kampung Gajah dan Pasir Salak.

Manakala, kuih suji adalah juadah manisan turun temurun masyarakat Lambor Kanan, dan ia hanya boleh di didapati di kampung berkenaan.

Pengusaha kuih cecemek, Hashimah Yon Abdul Talib, 57, berkata, dia menerima permintaan tinggi pada Ramadan bukan sahaja dari penduduk kampung tetapi juga dari luar daerah.

Kuih cecemek akan diletakkan dalam bekas daun pisang dan ada yang menyamakan kuih berkenaan dengan kuih limas kerana mempunyai bentuk sama.
Kuih cecemek akan diletakkan dalam bekas daun pisang dan ada yang menyamakan kuih berkenaan dengan kuih limas kerana mempunyai bentuk sama.

“Tekstur doh yang agak liat daripada tepung dan rasanya yang manis berlemak membuatkan ia digemari semua lapisan umur.

“Bahan asas cecemek sangat ringkas iaitu hanya menggunakan tepung pulut dan sedikit tepung gandum yang akan dibulatkan menjadi doh kecil sebelum dibuat lubang di tengahnya,” katanya.

Hashimah Yon berkata, cecemek akan diletakkan dalam bekas daun pisang dan ada yang menyamakan kuih berkenaan dengan kuih limas kerana mempunyai bentuk sama tetapi ia mempunyai kelainan tersendiri.

Sementara itu, pembuat kuih suji, Shaari Mahmud, 80, berkata, manisan yang dibuat daripada tepung suji, susu, gula, garam dan minyak sapi itu juga sering dianggap puding jagung atau dadih.

Katanya, ia kerana teksturnya berwarna kuning dan diletakkan dalam bekas plastik. 

Menurutnya, penghasilan kuih suji memakan masa agak lama kerana perlu dikacau seperti dodol bagi memastikan adunannya likat dan tidak berketul.

“Rasanya lemak manis tetapi sayangnya sudah tidak begitu digemari generasi muda, malah ada yang langsung tidak tahu mengenai kewujudan kuih ini,” katanya. - Getaran, 26 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

4

Semasa 3 bulan yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi