web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kegembiraan 7 Sahabat Mandi Sungai Bertukar ‘Mimpi Ngeri’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 4:10PM

JBPM Selangor mengesahkan dua pelajar UniKL lemas ketika mandi manda di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keseronokan tujuh pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mandi-manda di Sungai Chiling Peretak, Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor, Selangor bertukar tragedi apabila dua daripada mereka meninggal dunia akibat lemas, tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mangsa terlibat adalah Shaik Rahim Khan Salauddin dan Muhammad Arief Haiqal Azhan yang masing-masing berusia 21 tahun.

Menurutnya, JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 12.21 tengah hari dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu digegaskan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 21 minit kemudian dan mendapati mangsa pertama sudah dibawa naik rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum anggota bomba memberikan bantuan pernafasan, namun disahkan meninggal dunia.

“Mangsa kedua pula dijumpai pada jam 12.45 tengah hari tadi oleh anggota bomba yang turun melakukan pencarian dan turut disahkan meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, berdasarkan maklumat, Shaik Rahim berasal dari Bernam Jaya, manakala Muhammad Arief menetap di Kampung Dagang Setia KKB.

“Mayat kedua-dua mangsa lemas diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. - Getaran, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Kenal Pasti Identiti 5 Sekeluarga Dihanyutkan Arus Deras Ketika Menjala

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 12 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 6 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok