web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Usaha Malaysia Martabat Bahasa Melayu Berhasil, Mula Digunakan Korea Selatan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 8:57PM

Impian Ismail Sabri menjadi kenyataan apabila papan tanda di Korea Selatan kini menggunakan Bahasa Melayu bagi rujukan pelancong asing. - Gambar Facebook Ismail Sabri Yaakob

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Impiannya untuk melihat bahasa ibunda tersebar luas di pentas antarabangsa, menjadi kenyataan apabila papan tanda di Korea Selatan kini menggunakan Bahasa Melayu bagi rujukan pelancong asing. 

Perkara itu diluahkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berbangga apabila usaha mengantarabangsakan Bahasa Melayu mula menampakkan hasil.

“Semestinya saya berbangga apabila Bahasa Melayu berkembang dan digunakan negara asing, iaitu Korea Selatan. 

“Impian dan cita-cita saya untuk mengantarabangsakan Bahasa Melayu, nampaknya sudah mula membuahkan hasil,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Sehubungan itu, Ismail Sabri merakamkan penghargaan kepada kerajaan Korea Selatan atas pengiktirafan terhadap bahasa itu. 

Pada masa sama, Ahli Parlimen Bera itu menegaskan, perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu akan diteruskan agar ia lebih meluas digunakan negara luar. 

“Saya dan pejuang Bahasa Melayu akan terus memperjuangkan untuk mengangkat martabat bahasa ini, bukan sahaja dalam negara, malah di peringkat antarabangsa.

“Saya dan seluruh Keluarga Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Korea Selatan atas usaha ini dan menganggap ianya sebuah pengiktirafan kepada Malaysia dalam memartabatkan Bahasa Melayu,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook, Zakaria Azizi berkongsi beberapa keping gambar papan tanda di Korea Selatan yang menggunakan Bahasa Melayu bagi membantu pelancong asing di negara itu.

Menurutnya individu terbabit, negara berkenaan meletakkan beberapa bahasa pada papan tanda mereka, iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin, Indonesia dan Jepun.

“Kerajaan Korea Selatan berbesar hati untuk melakukan usaha itu bagi memudahkan masyarakat Nusantara yang datang berkunjung untuk mendapatkan maklumat. 

“Bukan itu sahaja, jumlah pelancong Malaysia dan Indonesia ke negara berkenaan semakin meningkat saban hari, membuatkan Bahasa Malaysia mula digunakan pada papan tanda di sana,” katanya. 

Walaupun terdapat beberapa penggunaan Bahasa Melayu yang agak kurang tepat, Zakaria berkata, usaha kerajaan Korea Selatan itu harus diberi pujian dan pengiktirafan sewajarnya. 

“Malah, mereka (kerajaan Korea Selatan) juga gembira dapat melakukan usaha ini bagi membantu penduduk Asia Tenggara yang melancong ke sana dan memerlukan maklumat mengenai kemudahan awam mereka,” katanya.

Bahasa Melayu adalah bahasa keenam paling banyak dituturkan di dunia dengan seramai 290 juta orang, merentasi Selat Melaka.

Malah, bahasa terbabit berada dalam keluarga Austronesia dan Malayo-Polynesia, iaitu bahasa utama di Malaysia, Brunei, Singapura dan satu daripada bahasa di Indonesia. - Getaran, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 4 bulan yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

4

Ekonomi 5 bulan yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 7 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 13 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula