web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Melaka Kuat Kuasa Pemakaian Pelitup Muka Jika Kes COVID-19 Meningkat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 7:01PM

Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Melaka akan mewajibkan semula pemakaian pelitup muka di kawasan tumpuan orang ramai dan sesak sekiranya kes COVID-19 merekodkan peningkatan.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka akan membuat pemantauan dalam tempoh dua minggu sebelum penguatkuasaan itu dilaksanakan.

Menurut beliau, ketetapan yang akan dilaksanakan itu berdasarkan kebimbangan terhadap pertambahan bilangan kes COVID-19 di seluruh dunia.

"Sudah pasti Melaka mengambil maklum dan serius mengenai bilangan kes yang bertambah.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk menguatkuasakan semula undang-undang pemakaian pelitup muka di tempat tertutup dan di kawasan orang ramai," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Pada masa sama, Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau turut menyeru orang ramai mendapatkan dos penggalak bagi mengekang penularan wabak itu.

"Mereka yang belum mendapatkan dos penggalak diseru untuk mengambilnya bagi mengekang virus COVID-19," katanya. 

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan varian BA.5.2 dan BF.7 COVID-19 yang sedang menular di China, masing-masing dikesan sudah berada di Malaysia pada Mac dan Ogos tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kemuncak penularan varian BA.5.2, adalah sekitar September hingga Oktober tahun lalu dan banyak ditemui di Afrika Selatan, England, China dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut beliau, ia dikesan di Malaysia sejak 16 Mac 2022 dan sehingga 31 Disember 2022, data terkini mendapati 4,152 kes dijangkiti dengan BA.5.2. 

Dr Noor Hisham berkata, varian BF.7 pula dikesan di Malaysia sejak 21 Ogos tahun lalu dan tiga kes dikesan dijangkiti dengan BF.7 setakat 31 Disember, tahun lalu. - Getaran, 3 Januari 2023



 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 6 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 12 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan