web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kontraktor Turap Jalan Waktu Puncak Di Bangsar Akan Dipanggil - DBKL

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 8:50PM

DBKL menerusi hantaran di Facebook menegaskan, kontrakror berkenaan akan ‘disekolahkan’ kerana tidak mengikut waktu kerja yang ditetapkan pihak berkuasa. - Gambar tangkap layar Facebook DBKL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memanggil kontraktor yang melakukan kerja penurapan ketika waktu puncak sehingga

menyebabkan kesesakan lalu lintas di Jalan Travers, Bangsar hari ini. 

Jurucakap DBKL menerusi hantaran di Facebook menegaskan, kontrakror berkenaan akan ‘disekolahkan’ kerana tidak mengikut waktu kerja yang ditetapkan pihak berkuasa.

"Jadi jangan ingat anda sahaja yang marah, orang DBKL pun marah juga. 

"Pasti kontraktor yang terlibat kena panggil dengan pegawai DBKL yang berkenaan, kena ‘sekolahkan’ sikit,” kata jurucakapcDBKL menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 30 saat memaparkan situasi kesesakan di sebatang jalan raya, yang berpunca daripada kerja penurapan jalan.

Perakam video tersebut telah mempersoalkan kerja penurapan itu memandangkan ia dilakukan ketika waktu puncak, sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan memohon maaf kepada pengguna orang ramai di atas kesulitan yang berlaku.

“Disebabkan sikap tidak mahu mengikuti undang-undang, timbulkan pula kesulitan kepada pengguna jalan raya.

"Tahulah mahu cepat tapi waktu bekerja langsung tidak fikir orang lain walaupun sudah dimaklumkan waktu kerja yang sepatutnya. Bagi anda yang mengalami kesulitan pada pagi ini, DBKL mohon maaf ya," katanya. 

Tindakan pantas DBKL itu turut mendapat reaksi positif daripada netizen yang turut mengharapkan agensi berkenaan melakukan pemantauan, agar insiden tersebut tidak berulang semula. 

"Kalau boleh sekolahkan sekali kontraktor yang konon kata kerja dah siap tapi kualiti cap ayam. Buat semakan kualiti sekali lagi.

"Bukan bergantung pada gambar selfie syok sendiri. Kalau kerja level jepun, buat masa bila pun tak akan orang pertikaikan," kata Azam Sakroni.

"Sepatutnya DBKL kena beri masa untuk memperbaiki jalan kerana PBT itu tahu masa yang sesak,bukannya kontraktor DBKL sesuka hati (kena buat) mengikut masa.

"Rujuk kes ini serius pada waktu mlm selepas pukul 11malam banyak masanya sehingga pukul 5 pagi," kata Ramesh Sugu di ruangan komen Facebook DBKL.

"Tahniah admin (DBKL), pastikan perkara ini tidak berlaku lagi. Kena pastikan kontraktor telah menghantar pelan B sekiranya ada masalah dari pembekal. 

"Atapun permasalahan melainkan orang lain (bukan kontraktor DBKL) melakukannya," kata Saifuldin Mukhtar. - Getaran, 5 Januari 2023. 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Sukan 2 bulan yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Arah Tanam 100 Pokok Gantikan Pokok Terpaksa Ditebang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 13 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 6 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 7 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok