web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terima Suapan Keluarkan Sijil: Mantan CEO Kolej Tukar Pengakuan Kepada Bersalah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Jan 2023 3:00PM

Amran didakwa menerima suapan menerusi dua transaksi di Bank CIMB Berhad cawangan Jerantut, Pahang pada 21 dan 24 Oktober 2015. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah kolej swasta yang sebelum ini tidak mengaku salah atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM5,000 bagi pengeluaran sijil pengajian dan transkrip pembelajaran tanpa mengikut prosedur lapan tahun lalu, menukar pengakuannya di Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang, hari ini.

Amran Mustaffa, 58, membuat pengakuan bersalah bagi kedua-dua pertuduhan itu di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima nilai suapan itu daripada Muhammad Izhar Ismail menerusi dua transaksi di Bank CIMB Berhad cawangan Jerantut, Pahang pada 21 dan 24 Oktober 2015.

Jumlah tersebut diterima melalui pengurus syarikat ejen, Noralyra Ismail sebagai upah untuk mengeluarkan sijil dan transkrip program asasi sains bagi individu yang tidak berdaftar sebagai pelajar di Kolej Sentral.

Justeru, bapa kepada 11 anak itu dituduh di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum menerusi Seksyen 465 kanun sama.

Tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, dengan mana lebih tinggi sekiranya disabitkan kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Riffah Izzati Abdul Mutalif, manakala tertuduh diwakili peguambela, Ariff Azami Hussein.

Susulan pengakuan bersalah tertuduh hari ini, Ariff Azami memohon agar hakim mempertimbangkan hukuman ringan terhadap anak guamnya.

Menurut beliau, tertuduh banyak memberi sumbangan kepada masyarakat yang diperakui berdasarkan beberapa lampiran sijil diterima daripada Kerajaan Negeri Pahang, selain bergiat aktif dengan Pejabat Agama Islam Jengka.

“Kesalahan ini kali pertama, di samping (tertuduh) kesal dengan perbuatannya dan mempunyai 11 orang anak dalam tanggungan,” katanya.

Sehubungan itu, Ariff Azami berkata, kepentingan awam akan tetap terpelihara jika anak guamnya tidak dikenakan hukuman penjara dan hanya didenda.

Mahkamah kemudian menetapkan jumlah denda RM8,000 atau penjara enam bulan bagi pertuduhan pilihan pertama dan denda RM7,000 atau enam bulan penjara untuk pertuduhan pilihan kedua. - Getaran, 16 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 14 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan