web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Ahli Perniagaan Didakwa Buat Tuntutan Palsu Program Penjana Kerjaya

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 6:00PM

Suspek dihadapkan ke mahkamah hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Program Penjana Kerjaya 2.0 PERKESO bernilai RM43,600, dua tahun lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dua ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan di sini, hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Program Penjana Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bernilai RM43,600, dua tahun lalu. 

Bagaimanapun, tertuduh, Arabath Ali Arul Alavudeen, 36 dan Mohmmed Ismail R P Mohamed Ibrahim, 62, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Mereka memohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rifah Izzati Abdul Mutalif.

Berdasarkan kertas pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama mengemukakan permohonan secara dalam talian insentif pengambilan pekerja melalui Program Penjana Kerjaya 1.0 berjumlah RM27,200.

Dalam permohonan itu, tertuduh didakwa mengemukakan senarai nama 17 pekerja Is Catering Sdn Bhd, sedangkan pekerja tersebut tidak pernah memohon untuk bekerja di syarikat tersebut.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat PERKESO Temerloh, Jalan Sudirman 3, Bandar Baru Seri Semantan, Temerloh pada 5 Oktober 2020.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, tertuduh secara bersama didakwa mengemukakan permohonan sama bagi mendapatkan bayaran RM16,400 melalui insentif itu dengan mengemukakan 10 senarai nama pekerja yang sebenarnya bukan pekerja di syarikat itu.

Kesalahan itu turut dilakukan di tempat sama pada 6 Oktober 2020.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 24(2) Akta SPRM 2009 (Akta 694).

Jika sabit kesalahan, mereka boleh diperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai tuntutan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

Berikutan pengakuan tidak bersalah itu, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM20,000 setiap tertuduh bagi dua tuduhan berkenaan dengan syarat tambahan, mereka perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Tertuduh yang diwakili peguam, N Venugopal dan R Maran mengemukakan rayuan agar wang jaminan dikurangkan dengan alasan mempunyai tanggungan serta pendapatan tidak seberapa.

Susulan rayuan itu, Ahmad Zamzani membenarkan wang jaminan dikurangkan kepada RM18,000 bagi setiap tertuduh, selain mereka diperintah menyerahkan pasport antarabangsa masing-masing kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 27 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut. - 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

2

Semasa 4 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

3

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 17 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 11 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok