web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Pertimbang Selaras Elaun JPKK, JPKKP - Zahid

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 9:33PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan mempertimbangkan untuk menyelaras elaun bulanan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) bersesuaian dengan peredaran masa dan bebanan tugas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, elaun jawatan berkenaan ketika ini berbeza mengikut negeri dengan Selangor menyediakan elaun tertinggi iaitu RM1,500 diikuti Johor RM1,200.

“Perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat sebentar tadi. Sebolehnya kerajaan memang mahu menaikkan elaun mereka, tetapi kena memahami kedudukan ekonomi negara.

“Kita akan beri pertimbangan sewajarnya dan lakukan perbincangan dengan MoF (Kementerian Kewangan),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Exco Luar Bandar (MEXCLUB) di sini, hari ini.Katanya, buat masa ini, terdapat 15,434 JPKK dan JPKKP di seluruh negara.

Mengulas mengenai mesyuarat tersebut, Ahmad Zahid berkata, MEXCLUB yang memasuki edisi ke-55 itu membincangkan pelbagai isu bagi memperkasa agenda pembangunan luar bandar.

“Antaranya meneruskan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur luar bandar serta memperkasa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang ditawarkan institusi pendidikan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW),” katanya.

Beliau turut menetapkan agar mesyuarat tahunan yang melibatkan exco luar bandar, wakil MoF, Unit Perancang Ekonomi dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri serta agensi KKDW berkenaan diadakan tiga kali setahun.

Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan beberapa agensi berkaitan telah memobilisasikan aset masing-masing ke lokasi terjejas akibat banjir. 

“Program bantuan akan dilakukan sebaiknya di samping akan memberi tumpuan pasca banjir, di mana kita tahu pendapatan ekonomi terjejas khususnya, keluarga yang bergantung kepada sumber kewangan menerusi kerja sendiri atau berniaga,” katanya. - Getaran, 26 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula