web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu Kereta Mewah Rempuh 3 Kenderaan Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 9:52PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan pemandu kereta mewah, Porsche 911 Carrera selepas disyaki memandu dalam keadaan mabuk, sehingga merempuh tiga kenderaan di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Sepang, semalam. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.50 malam membabitkan empat kenderaan.

“Hasil siasatan mendapati kereta jenis Porsche 911 Carrera dipandu lelaki berusia 61 tahun itu, melanggar penghadang jalan di kawasan parkir valet terbabit. 

“Pemandu (Porsche 911 Carrera) yang juga seorang kontraktor hilang kawalan sehingga terlanggar tiga kereta jenis Toyota Corola Cross, Honda Jazz Hybrid dan Honda CRV yang diparkir di lokasi terbabit,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Wan Kamarul Azran berkata, pelanggaran terbabit mengakibatkan kesemua kenderaan mengalami kerosakan dan siasatan awal menunjukkan, suspek dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Siasatan juga mendapati kereta itu mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, di samping lokasi kemalangan mempunyai satu lorong setiap hala serta permukaan jalan rata dan kering. 

“Semakan juga mendapati lesen pemandu Porsche 911 Carrera itu tamat tempoh, selain mempunyai 31 saman belum dijelaskan,” katanya. 

Beliau berkata, pemandu terbabit ditahan untuk ujian air kencing dan darah, selain direkod keterangan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. 

Semalam, rakaman video kejadian itu tular di aplikasi TikTok, dengan memaparkan pemandu kereta mewah terbabit hampir dibelasah pemilik kereta dirempuhnya, namun berjaya ditenteramkan polis. - Getaran, 28 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

KPDN Pertimbang Tambah Kenderaan Layak Terima Subsidi Diesel – Armizan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 18 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 11 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan