web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Khir Mohd Noor: CEO FINAS Elok Letak Jawatan

Presiden Profima, Kapten (K) Khir Mohd Noor selar kepimpinan paling buruk dalam sejarah FINAS pada hematnya.

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2021 8:30AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – “CEO kalau tak mampu, saya rasa elok letak jawatan” – begitulah pandangan Presiden Profima, Kapten (K) Khir Mohd Noor berikutan keputusan pembaharuan program Padu Citra oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Pembaharuan tersebut turut menyatakan bahawa mulai 1 Februari 2021, keahlian tiga persatuan utama iaitu Persatuan Pekerja Filem Profesional Malaysia (Profima), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) ditamatkan.

Presidennya, Khir Mohd Noor berkata, “Saya mewakili Profima.  Kami memiliki lebih 15 ribu ahli aktif yang berada dan bekerja di lapangan. Apabila melihat FINAS membuat polisi baru, yang menamatkan Padu Citra terhadap tiga persatuan ini, kami berasa agak janggal.”

Menurut Khir, Profima, Seniman dan FDAM adalah tiga persatuan utama yang mewakili kira-kira 28,000 penggiat industri. Jika ditamatkan keahlian Padu Citra ketiga-tiga persatuan ini bermakna suara majoriti mereka tidak lagi diwakili untuk sebarang urusan rasmi dengan FINAS.

Langkah tersebut juga didakwa Khir diputuskan oleh FINAS tanpa sebarang rundingan atau sesi berjumpa dengan ketiga-tiga presiden persatuan berkenaan.

"CEO kalau tak mampu, saya rasa elok jawatan" - Kapten (K) Khir Mohd Noor, Presiden Profima
"CEO kalau tak mampu, saya rasa elok jawatan" - Kapten (K) Khir Mohd Noor, Presiden Profima

“Kami tidak pernah dipanggil untuk berbincang. Pada 1997, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ketika itu memasukkan tiga persatuan ini di bawah syarat tambahan Padu Citra. Sekarang, saya tidak faham kenapa harus ditamatkan?” soal Khir.

Khir turut mempersoalkan tindakan FINAS yang melaksanakan program akreditasi dan pentauliahan secara tergesa-gesa ini dalam keadaan negara yang sedang dilanda musibah, yang turut memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat, terutama pemain-pemain industri dan pihak belakang tabir dalam industri seni kreatif negara.

“Yang menghairankan saya, cuba cari mana-mana negara yang memiliki badan kerajaan seperti FINAS, ada mereka mewajibkan program akreditasi ini? Ia satu perkara yang saya rasakan sangat aneh.”

“FINAS sepatutnya memikirkan masalah-masalah lain seperti bagaimana mahu mengatasi wabak COVID-19 yang membadai negara kita. Apa perancangan (industri kreatif) yang harus dilaksanakan?” ujarnya.

Tambah Khir, “Saya nampak CEO agak ‘keberatan’. Saya sudah bekerja dengan tujuh CEO sebelum ini, sejak zaman CEO pertama, sehingga CEO ketujuh. Namun, saya melihat CEO kali ini seperti tidak sensitif langsung terhadap apa yang berlaku kepada orang-orang industri.”

“Sedangkan dia (CEO) juga bekas pelakon, penerbit dan pengarah. Takkan dia tak faham situasi industri? Apa yang harus dilaksanakan di saat-saat genting ini? Kami ingat kami menyokong orang industri untuk duduk di kerusi (CEO) itu, dia faham. Tapi saya nampaknya dia tidak berapa faham,” kesalnya.

“Rumah baru belum siap, kenapa rumah lama perlu dirobohkan?” - Zahrin Hj. Aris, Setiausaha Kehormat Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM). Gambar: Sekretariat FDAM
“Rumah baru belum siap, kenapa rumah lama perlu dirobohkan?” - Zahrin Hj. Aris, Setiausaha Kehormat Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM). Gambar: Sekretariat FDAM

Khir turut meluahkan permasalahan dengan kepimpinan FINAS sekarang yang sukar untuk bertemu empat mata bagi membincangkan perkara terbaik yang boleh dilakukan demi kepentingan industri tempatan. 

“Dengan kepimpinan sekarang, sekali pun tidak pernah duduk berbincang. Kami faham sekarang kita sedang ‘terperangkap’ dalam zaman pandemik, tetapi ada cara lain untuk berbincang. Berbincang secara maya atau atas talian, misalnya.”

“Tetapi itu tidak pernah berlaku. Bagaimana dia mahu mendengar keluh-kesah orang-orang industri? Apa yang sepatutnya FINAS lakukan? Berbincanglah dan mencari solusi demi kepentingan bersama.”

“Bagi sayalah, CEO kalau tak mampu, saya rasa elok letak jawatan. Saya rasa ini kepimpinan paling teruk dalam sejarah FINAS,” bingkasnya. 

“Persatuan & agensi kerajaan bagaikan isi dengan kuku. Saya harap FINAS memanggil kami kerana ia tidak memberi kebaikan kepada orang-orang industri.” -  Zed Zaidi, Presiden Seniman. Gambar: Instagram Zed Zaidi @RozaidiJamil
“Persatuan & agensi kerajaan bagaikan isi dengan kuku. Saya harap FINAS memanggil kami kerana ia tidak memberi kebaikan kepada orang-orang industri.” - Zed Zaidi, Presiden Seniman. Gambar: Instagram Zed Zaidi @RozaidiJamil

Terdahulu, FINAS mengumumkan 1 Februari lalu sebagai hari terakhir penguatkuasaan Padu Citra sebagai prasyarat Surat Perakuan Penggambaran (SPP) untuk penerbitan filem dan program televisyen bersama-sama Profima, Seniman dan FDAM.

Penerbit tidak perlu lagi memenuhi keperluan keahlian Profima, Seniman dan FDAM untuk karyawan, pelakon dan tenaga produksi penerbitan mereka. Pelaksanaan program Padu Citra selepas ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh FINAS dalam format baharu. 

Difahamkan tiga persatuan ini telah pun mengutus surat kepada CEO FINAS, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri pada 18 Januari 2021 lalu, memohon diadakan pertemuan pada tarikh yang ditentukan oleh beliau sendiri bagi memberi pencerahan apa sebenarnya hala tuju FINAS. Namun beliau tidak menjawab sehingga hari ini. – Getaran, 4 Februari 2021

Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS. Gambar: Ahmad Idham @ahmad_idham
Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS. Gambar: Ahmad Idham @ahmad_idham

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka