web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penganalisis Politik Terkenal Dilantik Ketua Pengarah J-KOM, 'Saya Terima Tanggungjawab…'

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 6:26PM

Dr Mohammad Agus Yusoff - Gambar Facebook Mohammad Agus Yusoff

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik terkenal, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff memulakan tugasnya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri secara rasmi, hari ini.

Perkara itu dikongsinya dalam satu hantaran di Facebook milik beliau.

Menurutnya, beliau menerima tanggungjawab itu atas hasrat untuk bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan bagi membangunkan negara dari aspek siasah dan masyarakat.

“Dari segi siasah, adalah untuk menyampaikan dasar kerajaan kepada rakyat dengan maklumat yang betul dan tepat bagi memastikan rakyat memahami serta mendukung misi kerajaan dalam merealisasikan Malaysia Madani.

“Bagi masyarakat, adalah untuk mendidik dan menyedarkan rakyat akan keperluan untuk saling menghormati serta bersatu supaya tidak ada lagi sikap ekstremisme agama dan kaum. 

“Ya, perbezaan akan terus berlaku, namun yang penting kita mampu meraikan dan menerimanya dengan jiwa terbuka," katanya.

Mengulas lanjut, Mohammad Agus berkata, tiga teras utama J-KOM, iaitu membudayakan ilmu, membudayakan masyarakat berkemahiran digital, dan mengukuhkan semangat patriotik rakyat akan dilaksanakan mengikut acuan Malaysia Madani.

Katanya, ini supaya program yang bakal dilaksanakan nanti dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara yang maju, harmoni, dan sejahtera.

“Saya melihat episod Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) banyak memisahkan masyarakat berikutan pengaruh media sosial yang membawa banyak kesan negatif kepada hubungan antara kaum.

“Bagi memulihkan kembali keadaan itu, J-KOM akan berusaha untuk mendidik masyarakat dengan ilmu pengetahuan dan tata etika betul agar semangat patriotisme, hubungan baik dan tolarensi sesama rakyat akan kembali kuat,” katanya.

Ujarnya lagi, bagi menggerakkan usaha ini, J-KOM akan bekerjasama dengan seluruh agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), belia dan pemimpin masyarakat. 

“Mencapai hasrat di atas bukan mudah. Saya tentunya tidak boleh melakukannya sendirian.

“Oleh itu, J-KOM tentunya memerlukan kerjasama dan sokongan dari semua supaya dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik," katanya. 

Sebelum ini, Mohammad Agus merupakan Pensyarah Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) namun telah bersara pada Julai 2022.

Beliau sebelum ini pernah menolak tawaran Perdana Menteri pada Disember lalu bagi membantu dalam kerajaan campuran yang baharu dibentuk berikutan sudah selesa dengan kerjayanya sebagai Profesor Politik di Universitas Negeri Gorontalo, Sulawesi, Indonesia.

Terdahulu, Jabatan Perdana Menteri menerusi satu hantaran di Facebook mengumumkan pelantikan Mohammad Agus sebagai Ketua Pengarah J-KOM, berkuatkuasa hari ini. 

"Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah J-KOM Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa 2 Februari 2023. Ikhlas daripada seluruh warga J-KOM,” katanya. - Getaran, 2 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 17 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan