web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Thaipusam Satu Ciri Unik Kepelbagaian Budaya Masyarakat Malaysia - PAS

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 7:31PM

Takiyuddin Hassan berkata, perayaan kedua terpenting bagi penganut agama Hindu di negara ini selepas Deepavali itu, mempunyai tarikan tersendiri, terutama kepada pelancong asing - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS menyifatkan perayaan Thaipusam sebagai satu daripada ciri unik kepelbagaian budaya dan kepercayaan masyarakat di Malaysia.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perayaan kedua terpenting bagi penganut agama Hindu di negara ini selepas Deepavali itu, mempunyai tarikan tersendiri, terutama kepada pelancong asing.

“PAS mengucapkan selamat sejahtera dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Hindu yang menyambut perayaan Thaipusam hari ini dan esok,” katanya menerusi kenyataan.

Takiyuddin berkata, PAS berharap perayaan itu akan berjalan dalam suasana harmoni, lancar dan paling utama, selamat kepada semua pihak tanpa sebarang insiden tidak diingini serta membahayakan peserta mahupun orang awam.

“Semoga semua doa dan harapan baik mengiringi sambutan ini akan tertunai dan menambah kepada kebaikan bersama semua rakyat serta negara kita,” katanya.

Perayaan Thaipusam hari ini kembali meriah di seluruh negara selepas dua tahun disambut secara sederhana akibat pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19.

Kemeriahan dirasai di lokasi utama sambutan di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves dengan penganut beragama Hindu kembali berarak membawa kavadi, selain menjunjung Paal Kudam, iaitu tabung susu.

Menteri Sumber Manusia V Sivakumar ketika ditemui di kuil berkenaan, menasihatkan penganut Hindu dan pelancong supaya sentiasa berhati-hati dengan penularan COVID-19, selain menjaga kebersihan terutama di pekarangan kuil.

Semalam, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya menjangkakan lebih 300,000 pengunjung berada di Batu Caves di sini, sempena perayaan Thaipusam.

Katanya, seramai 1,888 pegawai dan anggota polis turut ditempatkan di Batu Caves sepanjang sambutan itu.

Pada masa sama, Sasikala menasihatkan pengunjung yang hadir di Batu Caves agar tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan kerana ia akan mengganggu laluan pergerakan pedati.

Thaipusam yang dirai pada bulan 'Thai', bulan ke-10 dalam kalendar Tamil, disambut penganut agama Hindu sempena memperingati kelahiran Dewa Murugan. - Getaran, 5 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang