web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahmad Akui Kerajaan Hadapi Cabaran Tambah Pendapatan Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Feb 2023 7:00PM

Kerajaan perpaduan ketika ini berdepan cabaran utama dalam meningkatkan pendapatan negara. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan kerajaan perpaduan ketika ini berdepan cabaran utama dalam meningkatkan pendapatan negara. 

Menurut beliau, lebih mencabar permintaan peruntukan untuk pengurusan dan pembangunan tidak terhad.

Katanya, sedangkan pendapatan yang diperolehi kerajaan persekutuan mempunyai hadnya mengikut jumlah perolehan daripada cukai dan bukan cukai.

“Kita tidak nafikan kaedah untuk meningkatkan pendapatan kerajaan memang menjadi cabaran utama kepada semua negara termasuk Malaysia. 

“Ini disebabkan permintaan peruntukan tidak terhad nilainya, sedangkan pendapatan ada hadnya.

“Tetapi sebagai kerajaan, kita akan pastikan setiap hasil cukai dan bukan cukai boleh terus dicari agar ia boleh diberikan kembali kepada rakyat,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas pandangan penganalisis ekonomi yang menggesa kerajaan perlu mencari jalan meningkatkan hasil pendapatan negara, terutamanya apabila paras hutang negara berada di tahap yang tinggi mencecah hampir RM1.5 trilion jika dicampur bersama liabiliti. 

Penganalisis berpendapat, Belanjawan 2023 perlu menjadi titik permulaan untuk merangka kaedah baharu agar kerajaan dapat menambah pendapatan yang sekali gus mampu disalurkan semula untuk pemerkasaan ekonomi rakyat.

Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, kerajaan perlu memperbaiki kutipan cukai semasa terutama daripada ekonomi bayangan yang dianggarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bersaiz sekurang-kurangnya 21 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Selain perniagaan berunsur jenayah, ekonomi bayangan juga, katanya, boleh ditafsirkan perniagaan yang tidak berunsur jenayah tetapi tidak berdaftar atau tidak formal.

Bagi Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin berkata, rancangan kerajaan untuk melaksanakan e-invoicing dan Tax Identification Number (TIN) boleh diteruskan tetapi ia terhad dalam menambah pendapatan negara.

Jelasnya, kerajaan juga perlu memperkukuhkan lagi sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada atau menggunakan sistem cukai hibrid walaupun secara dasarnya hasil keseluruhan masih lagi terhad kerana masalah utama masih tidak dapat diselesaikan, iaitu ia masih lagi tidak bersifat meluas.

Dalam pada itu, menerusi ciapan berbeza, Ahmad Maslan berkata, pendapatan tinggi kepada rakyat wajar diutamakan seperti pelaksanaan gaji minimum serta menjadikan ekonomi berteraskan pelaburan yang berkualiti. 

“Pendapatan tinggi juga perlu melalui pengurangan ekonomi penggunaan, penambahan pengeluaran bagi mengurangkan harga barang di samping belanja secara berhemah berikutan sukar mengawal permintaan,” katanya. - Getaran, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

2

Gaya 6 bulan yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Pendapatan Pelaburan KWSP Meningkat 33 Peratus, Cecah RM47.86 Bilion

4

Politik 10 bulan yang lalu

UMNO Tidak Perlu Pujuk Ahli Parlimen Pembangkang Sokong PM - Ahmad Maslan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 12 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan