web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pendapatan Pelaburan KWSP Meningkat 33 Peratus, Cecah RM47.86 Bilion

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Nov 2023 6:35PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meraih pendapatan pelaburan lebih tinggi, meningkat 33 peratus kepada RM47.86 bilion bagi sembilan bulan berakhir pada 30 September 2023 berbanding RM36.04 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.

Jumlah tersebut adalah selepas mengambil kira turun nilai kos ke atas ekuiti tersenarai yang direkodkan bagi suku tersebut, kata dana persaraan itu dalam kenyataannya pada Jumaat.

“Daripada jumlah pendapatan pelaburan RM47.86 bilion itu, sebanyak RM4.62 bilion dijana daripada keuntungan ‘mark-to-market’ (MTM) sekuriti yang belum direalisasikan. Keuntungan MTM ini disumbangkan oleh turun naik pertukaran mata wang asing,” katanya.

Bagi tempoh suku ketiga berakhir pada 30 September 2023, jumlah pendapatan pelaburan mencecah RM14.67 bilion selepas mengambil kira turun nilai kos dan peningkatan sebanyak RM2.38 bilion daripada RM12.29 bilion pada suku sama tahun lalu.

Menjelaskan selanjutnya, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, suku ketiga 2023 juga menyaksikan peralihan prestasi ekuiti global yang ketara apabila mencatat pulangan negatif berbanding keuntungan kukuh pada separuh pertama.

“Perang Gaza-Israel dan konflik Rusia-Ukraine yang berterusan pastinya akan menyumbang kepada ketidaktentuan dan turun naik pasaran,” katanya.

Berikutan itu, KWSP menjangkakan risiko geopolitik ini akan terus memburukkan lagi keadaan ekonomi yang sememangnya mencabar.

"Perubahan dalam sentimen pasaran itu turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk kebimbangan mengenai kestabilan ekonomi China, kenaikan harga tenaga dan peningkatan hasil bon kerajaan yang berlatarbelakang kemungkinan tempoh kadar faedah tinggi akan berlanjutan.

"Pada masa sama, pasaran pendapatan tetap global turut mencatatkan jumlah pulangan negatif pada suku ketiga berkenaan berikutan peningkatan hasil kerajaan yang mendadak," kata Amir Hamzah.

Selain itu, KWSP berkata, pelaburan ekuiti kekal sebagai penyumbang utama yang merangkumi 63 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan bagi suku ketiga 2023 dengan RM9.17 bilion dijana selepas turun nilai kos.

“Peningkatan pendapatan itu berbanding RM5.89 bilion pada suku ketiga 2022, disumbangkan oleh pendekatan proaktif pengurus dana bagi merealisasikan keuntungan modal pada awal suku tersebut yang menyaksikan beberapa indeks ekuiti mencatat prestasi terbaik setakat tahun ini, terutama bagi pasaran maju,” katanya.

Instrumen pendapatan tetap merangkumi kelas aset seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia dan bon sama taraf serta pinjaman dan bon, menyumbang 32 peratus atau RM4.76 bilion kepada jumlah pendapatan pelaburan KWSP bagi suku ketiga 2023.

“Hartanah dan infrastruktur merekodkan pendapatan RM0.29 bilion, manakala pendapatan instrumen pasaran wang menjana RM0.45 bilion, masing-masing menyumbang dua peratus dan tiga peratus kepada jumlah pendapatan pelaburan bagi suku ketiga berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, aset pelaburan KWSP terus mencatat pertumbuhan kukuh, disokong oleh pendapatan lebih tinggi yang dijana daripada pelaburan serta caruman bersih diterima pada September 2023 yang berjumlah RM73.58 bilion berbanding RM63.61 bilion pada 2022. 

Menurut dana persaraan itu, setakat September 2023, nilai aset pelaburan KWSP berjumlah RM1.092 trilion dengan 37.7 peratus daripadanya dilaburkan di luar negara.

“Peningkatan dalam pendedahan luar negara sejak Disember 2022 adalah disebabkan oleh pergerakan positif pertukaran mata wang asing serta peningkatan modal yang mendorong penilaian tinggi.

“Pada suku ketiga 2023, pelaburan luar negara KWSP menjana RM6.55 bilion atau 45 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan,” katanya.

KWSP berkata, sejumlah RM42.71 bilion daripada RM47.86 bilion pendapatan pelaburan dijana untuk Simpanan Konvensional, manakala RM5.15 bilion bagi Simpanan Syariah.

Mengulas pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia (NIMP) 2030, Amir Hamzah menyifatkannya sebagai peristiwa penting dalam trajektori ekonomi negara kerana menyediakan hala tuju strategik bagi membangunkan sektor perindustrian supaya berdaya saing di peringkat global dengan kekompleksan ekonomi yang tinggi.

“Dalam melayari landskap ekonomi ini, kami kekal komited terhadap Alokasi Aset Strategik (SAA) jangka panjang kami yang terbukti keberkesanannya secara konsisten dan berperanan penting dalam mengukuhkan daya tahan ketika ketidaktentuan pasaran,” katanya.

Selain itu, KWSP juga terus mencatat pertumbuhan kukuh dari segi pendaftaran ahli baharu yang berjumlah 365,519, sekali gus menjadikan bilangan keseluruhan ahlinya 15.99 juta setakat 30 September 2023.

Daripada jumlah itu, sebanyak 8.53 juta adalah ahli aktif yang mewakili 50.4 peratus daripada 16.93 juta tenaga kerja Malaysia, manakala nisbah ahli aktif berbanding tidak aktif adalah 53:47 setakat September 2023. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Semasa 2 bulan yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

4

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Google Sahkan Komitmen Pelaburan AS$2 Bilion Ke Malaysia - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 13 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan