web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Foodpanda Laksanakan Pengecilan Pekerja, Penghantar Makanan Tak Terbabit

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Feb 2023 10:04PM

Jurucakap syarikat berkata, pemberhentian tersebut bagaimanapun tidak akan menjejaskan golongan penghantar makanan atau rider - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat penghantar makanan gergasi, Foodpanda bakal mengucapkan selamat tinggal kepada sejumlah besar kakitangan dalam usaha menstruktur semula perniagaannya.

Memetik laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, syarikat penghantaran makanan tersebut berkata, pemberhentian hanya membabitkan kakitangan tetap.

Jurucakap syarikat berkata, pemberhentian tersebut bagaimanapun tidak akan menjejaskan golongan penghantar makanan atau rider.

Katanya, pemberhentian sejumlah kakitangan itu terpaksa dilaksanakan bagi mengecilkan jumlah pekerja dan menstruktur semula perniagaan.

“Kami melakukan apa yang termampu untuk membantu kakitangan yang terjejas, dan pintu kami terbuka kepada mereka untuk mendapatkan bantuan ketika proses berlangsung.

“Kepada rakan sekerja yang meninggalkan kami, kami benar-benar meminta maaf atas kehilangan anda. Terima kasih atas semua usaha dan perkhidmatan. Kami amat berterima kasih terhadap semua yang sudah anda lakukan untuk Foodpanda,” katanya.

Difahamkan, syarikat bersetuju memberikan pampasan kepada pekerja yang diberhentikan namun butiran terperinci berhubung perkara tersebut masih belum diketahui.

Bahkan, jumlah sebenar kakitangan yang terbabit dalam pemberhentian tersebut juga tidak didedahkan oleh syarikat berkenaan. - Getaran, 13 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 8 bulan yang lalu

Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Runtuhan Gudang : 3 Pekerja Maut, 2 Parah, 4 Tertimbus - Polis

3

Semasa 10 bulan yang lalu

4 Pekerja Myanmar Dikhuatiri Tertimbus Dalam Runtuhan Bangunan Di Pulau Perhentian

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRN: MTUC Cadang Cuti Khas Sabtu Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang