web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Orang Ramai Dipelawa Sertai Tinjauan Prestasi 100 Hari Menteri Kabinet

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 9:30PM

Tinjauan bertujuan untuk mendapatkan pandangan awam terhadap prestasi Menteri dalam  tempoh 100 hari perkhidmatan sebagai ahli Kabinet kerajaan perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan melancarkan platform atas talian bagi membolehkan rakyat Malaysia memberikan maklum balas berhubung prestasi anggota Jemaah Menteri yang berkhidmat di bawah Kerajaan Perpaduan.

Tinjauan tersebut bertujuan untuk mendapatkan pandangan awam terhadap prestasi Menteri dalam  tempoh 100 hari perkhidmatan sebagai ahli Kabinet kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berdasarkan maklumat yang disediakan di platform tersebut, idea pelancaran laman sesawang berkenaan disuarakan Perdana Menteri ketika sesi perjumpaan dengan rakyat Malaysia di Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia pada 8 Januari lalu.

Dalam perjumpaan berkenaan, Anwar mengumumkan pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 100 Hari Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bagi 28 Menteri melibatkan 25 kementerian dan tiga agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Susulan itu, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 18 Januari lalu bersetuju agar penilaian prestasi Menteri dibuat berdasarkan tiga elemen utama.

Tiga elemen utama itu adalah penilaian prestasi kementerian atau agensi, penilaian kepimpinan Menteri oleh Perdana Menteri berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif, serta penilaian persepsi awam terhadap ahli Jemaah Menteri.

“Sehubungan itu, Pejabat Ketua Setiausaha Negara dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di bawah JPM selaku sekretariat KPI sukacita menjemput orang awam selaku responden untuk memberi maklum balas tinjauan soal selidik ini.

“Tinjauan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A: Demografi manakala Bahagian B: lima elemen penilaian. Ia akan mengambil masa kurang daripada lima minit untuk memberi maklum balas,” katanya di laman sesawang tersebut.

Orang ramai yang ingin turut serta dalam tinjauan tersebut boleh melayari laman sesawang mytinjauanmadani.mampu.gov.my/ms.

Menurut laman sesawang itu juga, tinjauan tersebut adalah untuk kegunaan analisis semata-mata. 

“Sebarang penggunaan atau perkongsian maklumat oleh pihak lain perlu mendapat kebenaran daripada sekretariat terlebih dahulu,” katanya. - Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

4

Politik 7 bulan yang lalu

DAP Menjunjung Titah Agong Untuk Lakukan Yang Terbaik Perkukuh Kestabilan Politik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 18 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 11 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok