web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MOF, JPA Jangan Membisu, Bantu KKM Selesaikan Isu Perjawatan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 8:07PM

KKM sahaja tidak boleh menyelesaikan isu perjawatan ini kerana yang membuat keputusan adalah JPA dan MOF. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) digesa membantu Kementerian Kesihatan  (KKM) dalam menyelesaikan kemelut perjawatan yang masih berlanjutan.

Pengerusi MedTweetMY, Dr Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin berkata, KKM tidak boleh bertindak solo dan bersendirian dalam menyelesaikan isu terbabit. 

Menurut beliau, ini kerana permasalahan tersebut melibatkan keputusan kedua-dua pihak berkenaan.

“Memang benar. KKM sahaja tidak boleh menyelesaikan isu perjawatan ini. Yang membuat keputusan adalah JPA dan MOF.

“Saya mohon kepada semua, bantu KKM untuk memohon kepada JPA dan MOF untuk membantu KKM menyelesaikan kemelut ini. Isu semakin kritikal, penyelesaian segera adalah perlu,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya, hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, KKM sememangnya mahu menyerap semua kakitangan kesihatan, termasuk doktor yang berkhidmat bukan secara tetap sebagai penjawat awam.

Menurut beliau, ketiadaan dana dan keterbatasan perjawatan faktor isu penyerapan semua kakitangan kontrak.

Zaliha menegaskan, langkah mengambil pekerja di bawah KKM sebagai pegawai tetap perlu dibuat bagi menangani kekangan kakitangan kesihatan di negara ini.

Jelasnya, tanggungjawab ini tidak hanya terletak kepada KKM sahaja malah perlu kerjasama daripada MOF dan JPA.

Pada masa sama, Zaliha memberi jaminan akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuk pertemuan dengan pekerja kesihatan yang dijadualkan pada 28 Febuari ini. 

Ahli Parlimen Sekijang itu juga akan melaksanakan perbincangan dengan pengarah hospital di seluruh negara dalam tempoh terdekat. - Getaran, 16 Februari 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 20 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan