web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penguatkuasaan Pelitup Muka SIRIM Ditangguh Sehingga Julai

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Feb 2023 1:30PM

Penangguhan itu bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengeluar dan pengedar tempatan mendapatkan sijil penandaan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tarikh kuat kuasa baharu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 ialah pada 1 Julai depan.

Jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi kenyataan memaklumkan, penangguhan itu bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengeluar dan pengedar tempatan mendapatkan sijil penandaan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd. 

Menurut beliau, arahan untuk semua pelitup muka memperoleh pensijilan SIRIM telah dikuatkuasakan pada 4 Julai tahun lalu namun, berdasarkan kepada pengumuman KPDN pada 7 April 2022, tarikh penguatkuasaan perintah ini ditangguhkan sehingga 1 Januari 2023.

"Dalam tempoh tersebut, KPDN telah mengambil pendekatan lebih kepada pendidikan dan bukannya untuk menghukum. 

"Susulan ini, aktiviti penguatkuasaan dan tindakan hukuman tidak dilakukan kepada syarikat atau individu yang mengedar, mengeluar dan menjual pelitup muka bukan perubatan yang tidak mempunyai perakuan standard ditetapkan," katanya.

Jurucakap itu berkata, KPDN akan mengadakan larangan import terhadap pelitup muka bukan perubatan yang tidak mempunyai standard perakuan seperti telah ditetapkan.

"Kerajaan percaya tempoh sehingga hujung Jun 2023 ini adalah mencukupi bagi pihak pengeluar dan pengedar untuk memperoleh standard perakuan pelitup muka bukan perubatan yang dijual dalam negara," katanya. 

Pengedar, pengeluar dan penjual juga katanya, diminta memastikan produk itu sudah mendapat standard perakuan berkaitan.

"Maklumat yang berhubungan dengan standard perakuan pelitup muka bukan perubatan itu mestilah disertakan pada kotak atau bungkusan pelitup muka bukan perubatan berkenaan," katanya. - Getaran, 22 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRN: Calon, Petugas Guna Pelitup Muka Jika Ada Gejala Influenza

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KKM Galak Pakai Pelitup Muka, Tiada SOP Baharu Dikeluarkan - Dr Zaliha

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penularan Varian Arcturus, KKM Syor Pelajar Sekolah Pakai Pelitup Muka

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 14 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 20 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan