web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RM50 Juta Untuk Baiki Lif Usang PPR

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 6:13PM

Anwar Ibrahim berkata, had sebut harga bagi perolehan kerja penyelenggaraan dan pembaikan lif dinaikkan kepada RM1.2 juta berbanding RM500,000 bagi mempercepat proses perolehan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta bagi memastikan keselamatan di penempatan Program Perumahan Rakyat (PPR), dengan keutamaan kepada mengganti lif yang telah usang. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, had sebut harga bagi perolehan kerja penyelenggaraan dan pembaikan lif dinaikkan kepada RM1.2 juta berbanding RM500,000 bagi mempercepat proses perolehan.

Menurut beliau, kerajaan juga menyediakan RM15 juta bagi menyokong inisiatif kelas pemulihan untuk anak-anak yang tercicir dalam pembelajaran oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“RM30 juta juga disediakan untuk mempergiatkan ekonomi rakyat seperti perusahaan makanan menggunakan platform Cloud Kitchen di bawah seliaan Yayasan Hasanah.

“Bagi menyediakan capaian internet kepada kawasan komuniti, kemudahan internet disediakan kepada 40,000 unit PPR untuk tahun 2023. Kerajaan juga akan menyediakan internet percuma di 56 PPR terpilih,” katanya menerusi pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan beberapa projek PPR baharu sedang dilaksanakan melibatkan peruntukan RM367 juta bagi memanfaatkan 12,400 bakal penghuni baharu. 

“Selain itu, program Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang turut melibatkan pembinaan 4,250 unit rumah dengan peruntukan 358 juta ringgit. 

“Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) selama ini menyediakan jaminan kerajaan untuk membantu peminjam yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Tahun 2023, SJKP sedia menjamin sehingga RM5 bilion nilai pinjaman untuk manfaat 20,000 peminjam memerlukan,” katanya. - Getaran, 24 Februari 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Eh, 'Aunty' Ni Ada Misi 'Mission Impossible' Ke?

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Perumahan Berdaya Huni Atasi Tekanan Mental Anak-Anak PPR

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Notis Pengusiran Penyewa Rumah Kos Rendah LPPB Sabah Kekal - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 21 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 16 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok