web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


8,000 Liter Diesel Disyaki Cuba Diseleweng Disita Di Pokok Sena

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 7:27AM

Diesel yang disita itu dianggarkan bernilai RM17,200. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sebanyak 8,000 liter minyak diesel, disyaki cuba diseleweng, disita susulan operasi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena, dekat sini, kelmarin.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth, berkata dalam serbuan itu, dua suspek warganegara Myanmar dalam lingkungan 30-an dan 40-an ditahan di lokasi berkenaan.

Katanya, kes tersebut diserahkan kepada Pejabat KPDN Kedah oleh Unit Risikan/Operasi, FRU PDRM Bukit Aman pada jam 11 malam semalam.

“Diesel yang disita itu dianggarkan bernilai RM17,200. Selain itu dua ‘skidtank’ dan beberapa peralatan pemindahan minyak yang dipercayai digunakan bagi tujuan penyelewengan diesel turut dirampas.

“Nilai rampasan keseluruhan mencecah RM124,200,” katanya, dalam kenyataan, di sini, semalam.

Affendi berkata hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek mendapati premis tersebut tidak mempunyai sebarang kebenaran daripada Pengawal Bekalan untuk berurusan dengan barang kawalan berkenaan.

Katanya, kedua-dua suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi