web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perkenalkan Mekanisma Efektif Pantau Pelaksanaan Belanjawan 2023 - Lam Thye

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Feb 2023 7:00AM

Lee Lam Thye - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan dicadangkan memperkenalkan mekanisma yang efektif bagi memantau pelaksanaan Belanjawan 2023, sekali gus menutup ruang untuk berlakunya ketirisan dan penyelewengan.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perkara tersebut selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mahu berkompromi dengan korupsi dalam pentadbirannya.

Katanya, integriti dan kecekapan penjawat awam melaksanakan tugas bagi melancarkan perancangan kerajaan dalam belanjawan amat penting, terutamanya dalam aspek pentadbiran negara.

“Saya mencadangkan supaya Ketua Setiausaha Negara memperkenalkan mekanisma seperti sistem audit yang cekap di setiap kementerian dalam menangani isu ketirisan dan penyelewengan.

“Sistem audit dalaman di setiap kementerian perlu diperkukuh supaya dapat memantau pelaksanaan perancangan kerajaan dalam Belanjawan 2023 dengan berkesan,” katanya kepada Getaran.

Lam Thye berkata, beliau juga mencadangkan supaya kerajaan menetapkan garis masa untuk melaksanakan setiap perancangan, sekali gus dapat mengatasi kerenah birokrasi.

Jelasnya, kerenah birokrasi di peringkat pelaksana antara masalah utama yang perlu diatasi supaya golongan sasaran dapat menerima bantuan diperuntukkan kerajaan pada kadar segera.

“Jangka masa itu juga perlu ditetapkan untuk pengagihan peruntukan kepada golongan sasaran terutamanya di waktu yang genting ini.

“Sebagai contoh, kebiasaannya bantuan kepada golongan B40 yang diperuntukkan mengambil masa yang lama untuk diluluskan namun jika kerajaan sudah menetapkan jangka masa, ia perlu ditepati,” katanya.

Beliau berkata, Belanjawan 2023 yang menelan belanja sebanyak RM388 bilion adalah suatu jumlah yang sangat besar dan menerima reaksi positif oleh rakyat secara keseluruhannya.

“Walaupun ia tidak dapat memuaskan hati semua pihak namun ia amat memberangsangkan dalam membantu masyarakat terutamanya golongan susah dan miskin,” katanya.

Kelmarin, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Bertemakan Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 menyaksikan peruntukan RM388.1 bilion, masing-masing RM289.1 bilion untuk perbelanjaan mengurus, belanja pembangunan (RM99 bilion) dan RM2 bilion lagi bagi simpanan luar jangka.

Ia turut mencakupi 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad, iaitu pemacuan ekonomi terangkum dan mampan; reformasi institusi dan tatakelola bagi memulih keyakinan serta keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan. - Getaran, 27 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Laksana Program Bersasar, Cegah Isu Kartel Dan Ketirisan Dana Kerajaan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU Perbekalan 2023 Dibentangkan Untuk Bacaan Kali Kedua Di Dewan Negara

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Umum 4 Inisiatif Tambahan Belanjawan 2023

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Diluluskan Pada Minggu Keenam Sidang Dewan Rakyat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi