web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Diluluskan Pada Minggu Keenam Sidang Dewan Rakyat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 9:19AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peruntukan belanjawan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu keenam mesyuarat Dewan Rakyat.

Ia melibatkan Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Kerja Raya; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Kesihatan.

Selain itu ialah, Kementerian Sumber Manusia; Kementerian Pengangkutan; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Komunikasi dan Digital serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dewan Rakyat turut meluluskan usul penubuhan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Parlimen ke-15 baharu yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ia melibatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi; Kesihatan; Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian; Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi serta Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia.

Selain itu, Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat; Alam Sekitar, Sains dan Perladangan; Keselamatan; Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa serta Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.

Kesemua jawatankuasa pilihan khas itu berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang dalam pentadbiran kementerian.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul memaklumkan sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ke-15 diawalkan kepada 22 Mei hingga 15 Jun ini, berbanding jadual asal pada 12-27 Jun.

Menurutnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Majlis telah bersetuju dengan pindaan itu selaras dengan Peraturan 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Johari berkata ia susulan permintaan beliau kepada Perdana Menteri berikutan ramai Ahli Dewan Rakyat akan menunaikan ibadah haji ke Makkah pada tahun ini yang memerlukan persiapan sewajarnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka