web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RUU Perbekalan 2023 Dibentangkan Untuk Bacaan Kali Kedua Di Dewan Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 2:00PM

Anwar Ibrahim - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) hari ini dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pindaan yang diluluskan di Dewan Rakyat petang semalam.

Dalam pembentangan rang undang-undang itu, Anwar berkata Belanjawan 2023 dirumuskan sebagai langkah untuk mendepani tentangan semasa yang mencakupi soal iktisas, tata kelola pentadbiran, langkah pemacuan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata pentadbiran ini mengambil pendekatan dasar belanjawan yang mengembang dengan Belanjawan 2023 memperuntukkan RM388.10 bilion iaitu RM289.1 bilion ringgit untuk perbelanjaan mengurus manakala RM99 bilion bagi perbelanjaan pembangunan termasuk RM2 bilion ringgit simpanan luar jangka.

Justeru, kerajaan beriltizam untuk mengurangkan defisit fiskal 2023 kepada lima peratus ketimbang 5.6 peratus tahun lepas, katanya.

“Keputusan untuk mengurangkan defisit ini kritikal untuk memulihkan keyakinan pelaburan domestik dan (dari) luar negara, dan kedua ia mempamerkan satu sikap pengurusan kewangan yang lebih bertanggungjawab.

“Kita menjangkakan sekiranya trend ini berterusan, kita dapat mencapai defisit yang dianggap terkawal iaitu sekitar 3.2 peratus menjelang 2025,” katanya.

Anwar berkata Sabah dan Sarawak meraih manfaat besar daripada Belanjawan 2023 dengan peruntukan pembangunan masing-masing sebanyak RM6.5 bilion dan RM5.6 bilion.

“Tumpuan Sabah dan Sarawak jauh lebih tinggi dan ia pada mulanya dipertikaikan, dan saya jelaskan kerana kadar pembangunan, kawasan pedalaman dan kemudahan asasnya terlalu daif,” katanya.

Justeru beliau mahu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diteliti bagi memberi manfaat serta mempercepat proses kelulusan projek di kedua-dua negeri berkenaan.

Dewan Rakyat semalam meluluskan RUU tersebut melalui undian suara majoriti. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah