web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPRM Laksana Program Bersasar, Cegah Isu Kartel Dan Ketirisan Dana Kerajaan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 9:15AM

SPRM turut mengambil pendekatan menyebarluaskan antirasuah menerusi pendidikan formal dan tidak formal di institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta peringkat sekolah menengah dan rendah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaksanakan program bersasar melibatkan sektor perolehan kerajaan, sektor dana awam/peruntukan kerajaan dan sektor penguatkuasaan sepanjang tahun ini bagi mencegah berlakunya amalan rasuah.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM Datuk Razim Mohd Noor berkata program itu, yang akan dilaksanakan menerusi bahagian berkenaan, memberi tumpuan terhadap isu kartel, ketirisan dana kerajaan, pelanggaran undang-undang dan ketidakcekapan dalam mengutip hasil kerajaan.

“Setakat April tahun ini, sebanyak 33 program bersama agensi penguatkuasaan telah diadakan di seluruh negara. Selain itu, sebanyak 74 program turut dijalankan bersama kementerian dan agensi kerajaan yang berisiko serta yang menerima peruntukan besar dalam Belanjawan 2023.

“Antaranya program dialog SPRM bersama Jabatan Kerja Raya yang diadakan bagi memastikan jabatan itu meneruskan tata kelola yang baik dalam pengurusan projek,” katanya dalam wawancara khas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya baru-baru ini.

Beliau berkata pada masa sama, SPRM turut mengambil pendekatan menyebarluaskan antirasuah menerusi pendidikan formal dan tidak formal di institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta peringkat sekolah menengah dan rendah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Antaranya pelaksanaan Modul Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) secara elektif yang telah ditawarkan kesemua Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta selain kursus KIAR Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi pelajar pengambilan sijil dan diploma,” katanya.

Bagi program pendidikan tidak formal pula, SPRM menyasarkan pelajar sekolah rendah dan menengah melalui program Wira Anti Rasuah (WAR) serta program pertandingan bertema mengikut takwim KPM.

“Di peringkat pengajian tinggi pula, pengisian adalah berbentuk kelab seperti Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR), pertandingan Debat IPT Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM, Konvensyen Mahasiswa Antirasuah, Konvensyen AMAR dan siri dialog mahasiswa bersama pegawai SPRM,” katanya.

Razim berkata bagi pendekatan pendidikan tidak formal untuk masyarakat pula, ia disebar luas dalam program berbentuk kesedaran dan pengetahuan berkaitan antirasuah yang memfokus kepada golongan sasar.

 “Ia dilaksanakan mengikut fungsi dan cawangan, contohnya jika agensi kerajaan, ia menyasarkan penjawat awam dan jika cawangan sosiobudaya pula, ia menyasarkan masyarakat dan pemimpin berpengaruh di dalam masyarakat,” katanya.

Mengulas persepsi dan aspek keberkesanan program yang telah dianjurkan, Razim berkata 92.9 peratus daripada 6,471 responden terdiri daripada penjawat awam, pelajar, pekerja sektor swasta, orang awam dan badan bukan kerajaan (NGO) memberikan maklum balas inisiatif yang dilakukan oleh SPRM itu sebagai amat baik.

Beliau berkata daripada 92.9 peratus responden itu, sebanyak 57.1 peratus merupakan penjawat awam; pelajar (24.7 peratus); pekerja sektor swasta (11.9 peratus); orang awam (4.3 peratus) dan NGO (1.9 peratus).

Dapatan itu diperoleh hasil Kajian Penilaian Keberkesanan Program Antirasuah SPRM 2022 yang dilaksanakan mulai 3 Mac 2022 selari dengan Seksyen 7(f) Akta SPRM 2009 iaitu mendidik dan mendapatkan sokongan masyarakat dalam memerangi rasuah.

Mengulas lanjut,  Razim berkata hasil kajian itu juga mendapati sebanyak 93.8 peratus responden berpandangan segala tindakan membanteras rasuah yang dilakukan SPRM adalah sangat berkesan.

Katanya pada masa sama, SPRM akan memperkenalkan Kajian Mengenai Rasuah di Malaysia (MaCos) dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), selaku agensi utama dalam bidang perangkaan.

Beliau berkata kajian itu akan melibatkan khidmat tenaga pakar serta bantuan teknikal daripada Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) selain ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Kajian ini akan menggunakan kerangka konseptual berdasarkan indikasi persepsi, pengalaman dan data pentadbiran. Maka akan ada tinjauan-tinjauan yang akan dijalankan berasaskan modul penduduk, perniagaan dan penjawat awam,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka