web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Skim Penipuan Pelaburan ‘Sencapital’: Mangsa Kerugian Hampir RM7 Juta

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 5:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 42 laporan berhubung skim penipuan pelaburan dikenali sebagai ‘Sencapital’, dengan nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM6,718,395.70.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, skim itu dipercayai aktif sejak penghujung tahun 2022 dengan menawarkan pelaburan berasaskan pembelian saham.

Menurutnya, pelabur yang berminat akan dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi Whatsapp dan dinamakan sebagai ‘JP Morgan Business School’.  

“Pelabur kemudian diminta mendaftar dan membeli saham ditawarkan melalui laman sesawang syarikat itu.  

“Ini bagi tujuan pembayaran dan seterusnya diminta melakukan pemindahan wang ke beberapa akaun syarikat berbeza,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.  

Dalam pada itu, Noorsiah berkata, bermula Februari 2023, laman sesawang Sencapital tidak lagi aktif dan pelabur tidak dapat mengeluarkan wang dilaburkan mereka.  

Katanya, kes itu disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“PDRM menggesa individu yang menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tersebut, sila tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

“Kami mengingatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan melaksanakan semakan terperinci, sebelum menyertai sebarang skim pelaburan atau simpanan menjanjikan keuntungan terlalu lumayan,” katanya.  

Tambahnya, masyarakat harus mendapatkan maklumat dari sumber rasmi seperti semak Mule, senarai ‘amaran’ Bank Negara Malaysia (BNM) atau Security Commission (SC) sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim pelaburan meragukan. - Getaran, 2 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 15 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 21 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula