web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPRM Sahkan Muhyiddin Didakwa Esok

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 1:25PM

Azam Baki mengesahkan Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok.

“Beliau (Muhyiddin) akan didakwa, namun tidak dilakukan pada hari ini.

“Beliau dijangka didakwa esok,” katanya kepada Getaran.

Kenyataan Azam itu sekali gus mengesahkan spekulasi bahawa Muhyiddin akan didakwa berhubung kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Muhyiddin tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 11.15 pagi ini selepas dipanggil pihak suruhanjaya itu, bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes berkenaan.

Terdahulu, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris berkata, Muhyiddin dijangka ditahan SPRM hari ini, sebelum dibawa ke mahkamah esok untuk didakwa.

“Beliau (Muhyiddin) sudah diminta datang ke ibu pejabat SPRM di sini dan kami menjangkakan beliau akan ditahan hari ini dan didakwa di mahkamah esok,” katanya kepada media hari ini.

Desas-desus Muhyiddin didakwa tersebar sejak beberapa minggu lalu selepas mantan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan dihadapkan ke mahkamah, 21 Februari lalu.

Bendahari Agung BERSATU, Datuk Salleh Bajuri turut ditahan SPRM pada 2 Februari lalu selepas diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberikan penjelasan berkenaan pembayaran dibuat parti kepada pembekal dan vendornya.

Akhir bulan lalu, SPRM membekukan beberapa akaun milik parti BERSATU dipercayai ada kaitan dengan siasatan agensi itu terhadap dana kerajaan RM92.5 bilion yang didakwa diseleweng PN, ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik COVID-19.

Pada 18 Februari lalu, Muhyiddin mengesahkan beliau dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai Program Jana Wibawa sebagai saksi dan bukannya suspek.

Bagaimanapun, sehari kemudian, SPRM mengesahkan Ahli Parlimen Pagoh itu adalah antara suspek yang disiasat berhubung kes berkenaan dan siasatan ke atasnya masih diteruskan.

Program Jana Wibawa dilaksanakan ketika pandemik COVID-19 dan ia kesinambungan kepada Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dimulakan pada 1993.

Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 ketika kerajaan ditadbir PN yang diterajui Muhyiddin. - Getaran, 9 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

2

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan