web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Sebarang Pendakwaan Terpilih Seperti Didakwa – Peguam Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 9:03PM

Idrus Harun berkata, tohmahan bahawa berlaku pendakwaan terpilih, bermotifkan politik dan penganiayaan terhadap individu tertentu adalah tidak benar - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara menyangkal dakwaan wujudnya pendakwaan terpilih terhadap mana-mana individu serta pemimpin seperti dibangkitkan pelbagai pihak ketika ini.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, tohmahan bahawa berlaku pendakwaan terpilih, bermotifkan politik dan penganiayaan terhadap individu tertentu adalah tidak benar, susulan terdapat bukti kesalahan terbabit dilakukan di bawah peruntukan undang-undang.

Idrus Harun - Gambar Fail
Idrus Harun - Gambar Fail

“Sekiranya terdapat keterangan dan bukti kukuh bahawa sebarang individu sudah melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang, individu terbabit akan didakwa.

“Ia (tindakan) akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang tanpa mengira status dan latar belakang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan bagaimana Jabatan Peguam Negara boleh membuat keputusan lebih awal untuk mendakwanya, sedangkan beliau belum memberikan sebarang kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Mantan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata, beliau mengetahui keputusan untuk mendakwa dirinya sudah diputuskan oleh kerajaan walaupun siasatan belum dilengkapkan.

Terdahulu, Muhyiddin Yassin mempersoalkan bagaimana Jabatan Peguam Negara boleh membuat keputusan lebih awal untuk mendakwanya, sedangkan beliau belum memberikan sebarang kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) - Gambar Fail
Terdahulu, Muhyiddin Yassin mempersoalkan bagaimana Jabatan Peguam Negara boleh membuat keputusan lebih awal untuk mendakwanya, sedangkan beliau belum memberikan sebarang kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) - Gambar Fail

“Mereka hanya menggunakan agensi penguatkuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik. Jelas, pendakwaan ke atas saya adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang. Saya sudah berkecimpung dalam politik selama 50 tahun dan sepanjang tempoh itu, tiada sebarang kesalahan saya lakukan.

“Saya sentiasa akur kepada peraturan dan undang-undang. Saya tidak melanggar peraturan mahupun undang-undang dengan sewenang-wenangnya.

“Pegawai kerajaan yang pernah berkhidmat dengan saya pasti tahu sikap dan pendirian saya mengenai pematuhan kepada peraturan dan undang-undang,” katanya pada sidang media selepas berdepan enam pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Idris menegaskan, keputusan untuk mengenakan pertuduhan terhadap mana-mana orang adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan.

Tegasnya, ia bukanlah atas desakan pihak tertentu atau disebabkan pelbagai faktor lain seperti didakwa.

“Keputusan dibuat dengan adil berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, tidak memihak kepada sesiapa berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan sewajarnya.

“Perkara itu selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya. - Getaran, 10 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula