web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelayan Restoran Dibelasah Angkara Mobile Legend

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 9:01PM

Tangkapan pertama dibuat jam 12.15 tengah malam tadi terhadap empat lelaki di tepi Jalan Kota Melaka, diikuti tiga lagi suspek 20 minit kemudian di lokasi sama - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pelayan restoran dipukul setelah membantu rakannya yang 'dibelasah' hanya kerana enggan bermain aplikasi 'Mobile Legend' 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian pada jam 5 pagi semalam itu berlaku apabila mangsa yang berusia 25 tahun diminta menemani rakannya, seorang pemuda berusia 22 tahun ke sebuah stesen minyak di Telok Mas, Melaka. 

Menurut beliau, kehadiran mereka berdua di stesen minyak tersebut ‘disambut’ beberapa lelaki bermotosikal. 

"Beberapa minit kemudian, muncul sekumpulan lagi lelaki yang juga bermotosikal dan terus memukul rakan mangsa.

"Mangsa cuba membantu namun dihempuk dengan topi keledar hingga cedera di kepala dan,” katanya hari ini.

Christopher berkata, mangsa menerima beberapa jahitan di bahagian kepala akibat kecederaan itu.

“Rakan mangsa turut menerima 10 jahitan di dahi dan kedua-duanya kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka. 

"Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) diketuai Inspektor Mohd Shahrol Firdaus berjaya menahan tujuh lelaki berusia 16 hingga 28 tahun dalam dua serbuan di Jalan Kota Melaka kerana disyaki terbabit dalam kes pergaduhan itu," katanya. 

Christopher memaklumkan, tangkapan pertama dibuat jam 12.15 tengah malam tadi terhadap empat lelaki di tepi Jalan Kota Melaka, diikuti tiga lagi suspek 20 minit kemudian di lokasi sama.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 dan 148 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah dan melakukan gaduh gempar.

"Tujuh suspek terbabit direman selama lima hari bagi membantu siasatan," katanya. 

Tambahnya, orang ramai juga boleh menghubungi polis sekiranya mempunyai maklumat berhubung kes itu. - Getaran, 12 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 17 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan