web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Datuk Roy Dicari Bantu Siasatan Kes Rasuah SPRM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 12:51PM

SPRM memaklumkan, 'Datuk Roy' atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, memiliki alamat terakhir di Kuantan, Pahang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki dikenali ‘Datuk Roy’ bagi membantu siasatan kes rasuah.

Menerusi kenyataannya, SPRM memaklumkan, lelaki itu atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, memiliki alamat terakhir di Nombor 3, Lorong 3 RRM Semambu, 25350 Kuantan, Pahang.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohammad Asyraf Mustafa di talian 013-4405210,” menurut kenyataan itu.

Ia dipercayai berkaitan dengan artikel disiarkan media tempatan semalam bahawa SPRM menahan seorang pegawainya dan tiga individu lain, termasuk seorang wanita pada Khamis lalu.

Penahanan itu kerana mereka dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000, bagi mengelakkan siasatan membabitkan kes program Jana Wibawa.

Menurut sumber, wanita berkenaan bagaimanapun sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM, manakala tiga suspek lain kini direman hingga esok.

Sehubungan itu, SPRM sedang mencari Datuk Roy yang sebelum ini pernah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah, memandangkan dia dipercayai menjadi perancang utama dalam kes rasuah berkenaan. – Getaran, 13 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang